'Refarm' - Konsep Percutian Ladang Di Kampar

TRAVEL
October 18, 2023 - 12:30 PM


Untuk yang anda yang tidak pernah bercuti dalam suasana ladang atau nak merasa cuti dalam kawasan ladang, Min ada satu port yang best untuk korang enjoy. Refarm Kampar adalah tempat yang menawarkan sebuah percutian dalam suasana ladang untuk seisi keluarga atau bersama rakan-rakan.

Sedikit pengenalan, Refarm ialah ladang rekreasi yang berukuran 26 ekar yang bertempat di Kampar, Perak. Lokasi ini kira-kira 4 kilometer dari bandar Kampar, terletak di sebelah kiri jalan menghala ke arah Temoh & Pekan Tapah. Dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan, ladang ini menghasilkan baja organik agar tanaman yang ditanam akan berkembang subur.

Selain itu, Refarm juga merupakan sebuah tempat riadah yang mempunyai pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk kawan-kawan dan keluarga. Anda boleh melawat Refarm sebagai penjalanan seharian, untuk melakukan penganjurkan acara atau menginap di Refarm.

Yang menarik tentang Refarm ini pastilah konsep "ladang ke meja". Sebuah konsep untuk menghidangkan lauk-pauk yang lazat dan sihat dengan mengunakan bahan-bahan yang segar dari ladang. Jadi, anda semua jangan risaulah! Selain halal, anda juga akan menikmati makanan yang lazat dan fresh dari kebun tanaman.

Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan, antaranya adalah:

  • Mandi kolam
  • Berbasikal
  • Kebun sayur-sayuran organik, buah-buahan
  • Menyauk ikan
  • Zon memberi makan haiwan: ikan, ayam, kambing, rusa, arnab, kura-kura dan angsa
  • Permainan layang layang
  • Jogging
  • Pedal Bot
  • Taman Tema Air
  • Jungle Trekking
  • Menjelajah untuk melihat perbezaan jenis tumbuh -tumbuhan hutan huja

Haaa, macam-macam kan boleh buat dekat Refarm? Memang enjoy habisss. Selain enjoy, korang pun boleh hilangkan stress dan tenangkan minda tau dengan melihat view yang cantik.

Bagi anda yang bercadang untuk menginap, ada 3 jenis penginapan yang anda boleh pilih, antaranya:

  • Villa stay
  • Farm stay
  • Hotel Suite

Banyak kemudahan yang ada dekat Refarm kalau anda merancang untuk menginap. Ada aircond, tv, peti sejuk, mini bar, toiletries dan lain-lain. 

Objektif Refarm adalah untuk menawarkan pengalaman yang jauh berbeza dari kehidupan harian dan membolehkan anda merehatkan diri dari gaya hidup bandar yang sentiasa sibuk dan penuh dengan tekanan. Jadi, jika nak healing, anda boleh datang ke sini!

Kredit: Refarm

Destination: