Jangan Tekan! MyKasih Sumbangan Asas Rahmah di Telegram Adalah SCAM Terbaharu

TERKINI
October 24, 2023 - 03:59 PM


Hati-Hati Apabila Terima Pautan Scam Di Telegram Berkaitan “MyKasih Sumbangan Asas Rahmah” | Untuk pengetahuan korang, terdapat penyebaran pautan phishing di Telegram, menyatakan penawaran MyKasih Sumbangan Asas Rahmah.

Pautan ini menyasarkan para pengguna Telegram dan pengguna yang klik pada pautan berkenaan berpotensi untuk kehilangan akses ke akaun Telegram mereka.

Menerusi perkongsian MyCERT, para pengguna dilihat menerima pautan Telegram daripada akaun rawak atau rakan yang dikenali mereka akan meminta untuk klik pautan dan mendaftar pada pautan berkenaan.

Kemudian, pengguna dibawa ke sebuah laman phishing dan seterusnya meminta pengguna memasukkan nombor telefon.

Setersunya, ia akan menyatakan OTP telah dihantar ke nombor Telegram dan meminta pengguna memasukkan OTP berkenaan pada laman berkenaan.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja dimasukkan OTP berkenaan, laman berkenaan akan meminta pengguna memasukkan kata laluan Telegram. 

Dan akhir sekali, pengguna akan diperlihatkan dengan mesej menyatakan mereka layak menerima bantuan “MyKasih” berkenaan.

Jika pengguna sudah mencapai laman akhir, mereka akan kehilangan akaun Telegram mereka.

Malah, akaun pengguna berkenaan akan digunakan untuk terus melakukan penyebaran dan mencari mangsa-mangsa baharu.

Diminta orang ramai berhati-hati, dan tidak klik pada sebarang pautan yang dikongsikan serta lakukan laporan kepada pihak berkuasa sekiranya menjadi mangsa penipuan seperti ini. 

Rujuk juga ke laman MyCERT untuk pelbagai langkah lanjut dan mengelak daripada menjadi mangsa phishing.

Kredit: MyCERT