Kes Instafamous Kantoi Curi Brokoli Buat Warganet Tercengang

TERKINI
November 03, 2023 - 11:43 AM


Seorang instafamous bernama Rumaisyah Yahya, 31 dipenjara sehari dan denda RM400 selepas mengaku bersalah di mahkamah KL kerana mencuri beberapa barang termasuk pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, dan sayur brokoli berjumlah RM108.18 di sebuah pasaraya petang smlm.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap pempengaruh Rumaisyah Yahya, 31 yang mengaku bersalah mencuri

Berdasarkan laporan Harian Metro, pertuduhan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda bagi kesalahan kedua, tertuduh boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara bermula tarikh tangkap dan penjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Menurut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga telah mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa sebelum ditahan pengawal keselamatan.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon beri hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak peguamnya itu tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menyara ibunya yang berusia 65 tahun.

Destination: