Seorang Lelaki Melecur 80% Akibat Dari Kedai Nasi Kandar Bangsar 'Meletup'
TERKINISeorang individu lelaki berumur 45 terpaksa dikejarkan ke hospital selepas melecur dipercayai akibat satu letupan gas yang tercetus di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Bangsar Utama hari ini.
Lebih daripada 40 anggota bomba dari tiga stesen telah dikerahkan dan kebakaran berjaya dipadamkan 45 minit kemudian.
Kebakaran di Nasi Kandar Utara Bangsar top view. Pukul 1140am nasib belum lunch hour. Tukang masak melecur. Punca tong gas leaking katanya. pic.twitter.com/gbDgj19dSK
— babu_ajah (@_kimmhazz) March 6, 2024
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.44 pagi.
Pegawai bomba yang bertugas, turut menjelaskan api berpunca dari bahagian dapur. Namun siasatan terperinci bakal dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh tuan premis.