Adat Pelik Minum Air Rendam Kaki Orang Baru Balik Haji Untuk Ambil "Berkat" Buat Warganet Loya

TERKINI
July 04, 2024 - 11:07 AM


Musim Haji pada tahun ini, tular beberapa video yang memaparkan kerenah jemaah dari negara jiran kita. Ada segelintiir dari mereka membuat onar ketika berada di tanah suci Mekah dan hangat diperdebatkan di platform media sosial.

Kali ini, tular pula satu video yang dipercayai Haji & Hajjah yang baru pulang menunaikan ibadah haji disambut meriah oleh orang kampung. Namun tidak cukup denga itu, ada pula satu adat yang membuat warganet garu kepala.

@bapakandalah Replying to @kaksiti99 Ini apa miska? Budaya orang dibilang gituan #jamaahhajiindonesia2024 #menyalaabangkuh🔥 #pulanghaji2024 ♬ original sound - ︎Puki_Bulu

Video di TikTok yang memaparkan penduduk kampung gigih mengambil berkat dengan haji dan hajah kampung mereka. Bahkan sehingga sanggup untuk minum dan cuci muka dengan air cucian kaki daripada haji dan hajah ini.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat ramai penduduk kampung yang sedang berkerumum di luar rumah.
Haji dan hajah itu sedang duduk sambil kakinya diletakkan dalam satu besen. Ramai penduduk kampung yang beratur untuk mengambil berkat dengan minum air cucian kaki mereka.

Rata-rata warganet dari Malaysia memberikan komen negatif berkenaan dengan 'adat' tersebut kerana jelas melanggar hukum agama.

Destination: