Bayi 2 Bulan Patah Kaki, Disyaki Didera Pengasuh
TERKINISebelum ini, tular di media sosial perkongsian seorang ibu di mana dia menyedari ada yang tidak kena dengan anaknya selepas mengambilnya dari pengasuh pada Sabtu lalu.
Dakwanya ketika menukar lampin, bapa mangsa ternampak kesan bengkak pada paha kiri selain anaknya tidak aktif seperti biasa.
Bagaimanapun ketika ibu bapa bayi itu menghubungi pengasuh untuk bertanyakan mengenai sebarang kejadian menimpa anaknya, dia memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku ketika di bawah jagaannya.
Susulan itu, seorang pengasuh ditahan reman bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan dua bulan yang disyaki didera sehingga patah kaki kiri di Bandar Dato Onn.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pengasuh wanita berusia 36 tahun itu direman selama enam hari bermula Selasa sehingga Ahad.
"Polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu. Kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001