[VIDEO] Gara-Gara Nak Elak Monyet, Kereta 6 Sekeluarga Terjunam Dalam Parit

TERKINI
August 26, 2024 - 03:52 PM


Gara-gara hendak mengelak monyet, enam sekeluarga melalui detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di kilometer 15, Jalan Selama-Bagan Serai pada petang Sabtu lalu.

@_mrkay_

Akak ni terbabas langgar tiang lampu then jatuh ke sungai..nasib baik abg ni ada..tq org baik

♬ original sound - Mr kay

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 4.35 petang ketika kenderaan itu dalam perjalanan menuju ke Bagan Serai.

Menurut beliau, kereta jenis Proton Iriz tersebut dipandu oleh seorang wanita yang membawa lima penumpang lain, termasuk empat kanak-kanak berusia antara satu hingga 13 tahun.

“Siasatan awal mendapati kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit di tepi jalan,” jelas Juna.

Beliau turut menjelaskan, berdasarkan keterangan pemandu, kereta itu cuba mengelak sekumpulan monyet yang melintas jalan, menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

“Kesemua mangsa selamat, tetapi mereka telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk pemeriksaan lanjut,” tambahnya.

Kes ini disiasat di bawah Kaedah 10, Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 166/59.

 

Destination: