Isteri Sanggup Buat Laporan Diculik Hanya Untuk Bermalam Dengan 2 Lelaki di Pahang

SOSIAL
August 27, 2024 - 03:57 PM


Seorang lelaki memohon maaf atas tindakan isterinya yang didakwa telah membuat laporan palsu kononnya telah diculik.

“Saya ingin memohon atas semua kesalahan isteri saya. Saya sebagai suami dia saya berasa sudah gagal menjalankan tanggungjawab saya. saya tak kuat menerima ujian begitu berat sekali.

“Akhir sekali saya ingin memohon maaf kepada rakyat malaysia atas kecuaian saya memdidik isteri saya dengan baik,” katanya.

Menerusi satu laporan, isterinya sanggup membuat laporan palsu berkenaan hanya kerana semata-mata mahu bermalam bersama rakan di sekitar Rompin, Pahang.

Tindakannya terbongkar apabila dia ditahan bersama dua lelaki. Siasatan pihak polis mendapati mangsa memberi maklumat palsu kepada ahli keluarganya dengan mengatakan diculik kerana mahu bermalam bersama kawan-kawan di kawasan mangsa dijumpai.

Ujian saringan awal air kencing turut mendapati wanita berkenaan positif dadah.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran daripada wanita berkenaan yang meminta pertolongan kononnya dia telah diculik oleh tiga orang lelaki bertopeng.

@susu_basi_ Saya ingin memohon atas semua kesalahan isteri saya. Saya sebagai suami dia saya berasa sudah gagal menjalankan tanggujawab saya.saya tak kuat menerima ujian bergitu berat sekali.Akhir sekali saya ingin memohon maaf kedapa rakyat malaysia atas kecuain saya memdidik isteri saya dengan baik@_𝖊𝖈𝖆𝖍𝖈𝖎𝖙𝖔𝖉_ #mstar ♬ som original - eu_tiago_oficial_