Peniaga Food Court Bandar Sri Permaisuri Berang, Penduduk Flat 'Sapu' Tempat Letak Kereta Pelanggan

SOSIAL
September 04, 2024 - 03:14 PM


Bila hidup dalam satu masyarakat, sikap bertolak ansur antara satu sama lain amatlah penting demi menjaga keharmonian bersama. Namun, akibat tingkah laku yang tidak bertanggungjawab, sudah tentu terjadinya konflik.

Baru-baru ni, para peniaga di medan selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras meluahkan rasa kecewa kerana buntu penduduk sekitar menggunakan kawasan tempat letak kereta medan selera tersebut sebagai parkir persendirian.

Melalui perkongsian di aplikasi X, tindakan penduduk itu menyebabkan pelanggan medan selera terbabit sukar untuk meletakkan kenderaan sekali gus menjadi punca kekurangan pelanggan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna tidak menafikan kepayahan mendapatkan tempat letak kenderaan ketika berkunjung di medan selera terbabit. Ada juga yang mengesyorkan agar kawasan itu dijadikan tempat parkir berbayar demi mengelak perkara sebegitu berulang.