Jururawat Pusat Jagaan Pantang Abai Bayi Usia 30 Hari Hingga Maut Ditahan Reman

TERKINI
September 11, 2024 - 12:18 PM


Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari, kelmarin.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Selasa depan terhadap wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid. Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, dilaporkan seorang bayi lelaki yang baru berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan di sebuah pusat jagaan berpantang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, bayi tersebut disahkan meninggal dunia semasa dibawa untuk rawatan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di sini.

Destination: