Dapur Imperial Lexis KL Sajikan Hidangan Warisan Buffet Ramadan 2026

FOODIE
January 24, 2026 - 05:52 AM


Sempena bulan ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Imperial Lexis KL tahun ini tampil dengan tema hidangan warisan sebagai tema Buffet Ramadan 2026. Berbuka Selera di Dapur Imperial pasti akan memberi satu kepuasan untuk anda dalam menjamu selera bersama keluarga tersayang.

Ada lebih dari 100 pilihan menu dari hidangan warisan kampung sehinggalah menu-menu hidangan barat termasuk makanan laut serta hidangan traditional waktu bulan puasa.

Tidak lengkap rasanya jika menu berbuka puasa tanpa Daging Rendang Tok, Kambing Kuzi, Udang Harimau Sambal, Ikan Tilapia Asam Pedas, Pucuk Paku Goreng Cili, Satay Kajang Ayam & Daging bersama Nasi Impit serta Bubur Lambuk yang menjadi tumpuan di dapur Imperial kali ini.

Untuk hero buffet ramadan seperti biasa Biryani Kambing Panggang pastinya menjadii menu wajib untuk dicuba.

Bagi anda yang gemarkan hidangan yang lebih segar, mereka juga menyediakan Sashimi, salmon, tuna dan macam-macam lagi. 

Pakej dan harga buffet ramadan Berbuka Selera di Dapur Imperial Lexis KL