Melancong Ke Korea dan Jepun? Ini Mungkin Beberapa Masalah Bakal Anda Tempuhi
Pernah ke Jepun dan Korea? Atau sedang merancang untuk ke sana? Ini mungkin beberapa masalah yang pernah atau bakal anda lalui.
Kedua – dua negara ini di kategorikan sebagai negara kelas pertama. Tetapi terdapat beberapa masalah yang timbul kepada kita sebagai golongan traveler. Nasib baik kita sudah di abad ke 21 dan terima kasih kepada teknologi khususnya gajet yang didalam poket anda itu, smartphone.
1. Bahasa
Kedua – dua negara ini mengagungkan bahasa kebangsaan mereka dan tidak menjadikan bahasa English sebagai bahasa kedua rasmi di negara . Ketika ini lah anda kena menggunakan aplikasi seperti Google Translate, Waygo, Voice Translator dan lain – lain untuk memahami atau menyampaikan hasrat anda serba sedikit ketika melancong di sana.
2. Pengangkutan Awam
Cuba anda Google pengangkutan awam terbaik dunia di mana – mana laman web, semestinya Jepun dan Korea tersenarai sebagai negara 5 teratas. Dan semestinya pengangkutan awam mereka sangat friendly user tetapi masih tetap mengelirukan pelancong dan pengembara yang tidak pandai membaca di dalam tulisan Korea dan Jepun. Navitime , Subway Korea, Hyperdia dan banyak lagi aplikasi adalah antara aplikasi yang dapat menyelamatkan anda daripada terlajak naik train to Busan.
3. Memandu Sendiri
Jalan di Kuala Lumpur pun kita boleh tersesat sampai ke rumah ayam pudu , apatah lagi di Jepun dan Korea. Memandu kenderaan dengan sewaan di sini sangatlah mahal tetapi untuk pengalaman baru, tiada masalah punya. Anda cuma perlu gunakan GPS, Waze atau mana – mana aplikasi lain ikut keselesaan anda.
4. Berita Dunia
Seronok berjalan di tempat orang, perlu juga anda peka dengan berita dunia kerana dunia hari ini boleh berlaku berbagai kejadian seperti serangan pengganas, bencana alam, demonstrasi dan lain – lain di mana – mana. Rajinkan diri anda untuk memantau berita semasa di sosial media dan laman web rasmi berita arus perdana.
5. Gunakan Kelebihan Traveler
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan diskaun bagi produk dan perkhidmatan mereka disana tetapi traveler perlu membuat pembelian atau tempahan melalui laman sosial atau laman web rasmi mereka. Menjadi kewajiban pada traveler untuk sentiasa mempunyai data internet yang laju untuk terus membuat transaksi sekiranya terjumpa promosi di premis atau ruang iklan di sana.