40 Tips & Tricks Bercuti Ke Korea

September 11, 2017 - 09:51 AM


Korea merupakan salah satu destinasi pelancongan popular dalam kalangan orang Malaysia. Mungkin disebabkan cuaca dan drama-drama korea membuatkan Korea menjadi destinasi pilihan bari orang kita. Bagi mereka yang ingin ke Korea, mungkin ini beberapa tip yang berguna buat anda.

Sangat berguna dengan tips-tips ni. Jom share sama-sama:

1. Masuk ke negara Korea Selatan tidak memerlukan visa.

2. Travel sendiri (backpacker) lebih jimat berbanding menggunakan travel agent.

3. Tapi kalau dah jadi backpacker kena la pandai-pandai buat research sendiri tempat yang menarik untuk dilawati, hotel atau guest house dan kemudahan pengangkutan.

4. Pengangkutan yang paling mudah adalah subway. Bas pun okay jugak

5. Hotel/guest house boleh dibooking online melalui Agoda.com, Booking.com atau laman web hotel tu sendiri.

6. Kalau stay di Namsan Guest House, bayar full payment cash masa check -in dan tak perlu deposit masa booking online. Namsan GuestHouse, pilih yg No 4 or 5. Kalau yg no 1 or 2 tu, mengah lah jugak nak mendaki dr bawah.

7. Buat itinerary iaitu jadual ke mana tempat akan dilawati day by day.

8. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam 20 minit.

9. Masa makan dalam flight adalah 2 kali dan beli sendiri bukan dapat free (Air Asia).

10. Waktu di Korea awal sejam dari Malaysia.

11. Tukar siap-siap duit RM ke won di Malaysia. Bawak jugak duit RM cash dalam wallet.

12. Nak convert duit buat macam ni: contohnya 10,000 won buang 3 kosong kat belakang tu then 10 kat depan tu darab 3.++ That means 10,000 won = RM3+.

13. Imigresen tak strict pasal makanan yang dibawa tak seperti Australia dan New Zealand. Bawalah apa sahaja seperti serunding, nasi impit, meggi, kari ayam, periuk belanga, rice cooker, peti ais.

14. Masa di imigresen, kastam tak check beg pun tapi kalau pakai jaket kena buka jaket.

15. Suhu waktu spring pun agak sejuk. Lebih kurang 8*c-10*c. Pakai baju berlapis. Bawak jaket. Winter coat yang tebal-tebal tak perlu.

16. Tempat shopping yang popular ialah Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun dan Insadong.

17. Kedai makanan halal banyak terdapat di Itaewon.

18. Full House, Nami Island, Aiins World dan Everland terletak jauh sikit dari bandar Seoul. Masa perjalanan hampir 1 jam. Perlu naik train, bus, ferry, teksi, basikal dan sebagainya.

19. Install application Jihachul daripada android/apple pada smart phone anda supaya mudah untuk study subway route map. Tak perlu internet.

20. Beli T-Money card di 7 Eleven, GS25, atau Family Mart untuk memudahkan proses menaiki train atau bas. Saya topup 50,000 won untuk 5 hari.T-Money boleh juga beli barang2 di 7 eleven, GS @ seangkatan dgnnya

21. Bawa botol air ketika masuk toilet sebab toilet kat sana tak ada paip dan hose untuk membasuh.

22. Stay di guest house yang dekat dengan subway atau tempat tumpuan pelancong.

23. Dalam subway station ada escalator tapi ada juga yang tak ada dan perlu naik tangga.
Sangat azab untuk warga emas dan wanita mengandung. Kalau sanggup tunggulah lif.

24. Dalam train atau bas pulak ada signboard yang akan tulis nama station yang akan berhenti dalam English. So, tak perlu risau kalau terlepas station ke apa.

25. Signboard-signboard juga dalam English.

26. Certain-certain warga Korea je yang pandai cakap English. Yang lain kalau kita tanya dia cakap bahasa dia. Kalau kita tanya harga dia akan tunjuk pada kalkulator.

27. Perkataan yang popular ialah "Annyeonghaseyo"- Hello/Hi dan "Kamsahamnida" - Terima Kasih "Eolmaeyo"

  • - Berapa harganya? "Kaka Juseyo" - Boleh bagi diskaun?

29. Kalau lalu di depan kedai kosmetik macam Etude House ke Tony Moly ke Nature Republic ke dia akan bagi free gift macam facial mask tapi kita kena gak masuk dalam kedai dan beli. Erkkk. Macam tak free je.

30. Jangan try makanan-makanan macam kek, kastad, muffin, roti, chocolate atau sebagainya. Nampak macam halal tapi kita tak tau ingredient dia mungkin ada contain wain atau lard. Kalau tak tau sila google apa dia lard.

32. International plug adapter perlu ada. Sebab plug di sana lain dari Malaysia. Boleh beli di 7 Eleven kat sana.

33. Wifi ada di merata tempat even dalam subway tapi kena bayar bukan free.

39. Airport Incheon sangat besar sampai kena naik train dari satu terminal ke satu terminal. Sila datang awal ke airport jika tidak mahu ditinggal flight.

40. Duit Korea. Duit bukanlah segalanya tapi segalanya perlukan duit, betul tak?

Selamat bercuti!!!

Destination: