iPhone 8, 8+, dan iPhone X - Generasi iPhone Masa Hadapan
GAYA HIDUPiPhone 8, 8+ dan iPhone X diperkenalkan sebagai Generasi Baru iPhone semasa pelancaranya semalam yang mana merupakan ulangtahun ke sepuluh iPhone.
Seperti yang tular di internet baru baru ini, ramai yang membuat pelbagai andaian tentang rekabentuk iPhone ini. Namun segalanya telah terjawab.
Jom kita tengok apa yang best pada ketiga-tiga model ini.
Dengan muatan kapasiti 64GB atau 256GB pada ketiga-tiga model, iPhone 8 didatangi dengan warna space grey, silver dan juga kemasan emas. Manakala,untuk iPhone X (10) hanya ada space grey dan silver.
iPhone 8 dan juga 8+ boleh didapati pada 22 September dan pra pesan bermula pada 15 September ini. Setakat ini, harga yang diketahui hanya untuk pasaran US sahaja iaitu $699 untuk iPhone 8, dan $799 iphone 8+.
Lihat sahaja pelbagai feature yang ditambah pada iPhone 8 dan 8 Plus ini. Tak hairanlah harganya pun mencecah sekitar ~ RM3,400. Dengan skrin kaca dibahagian depan dan belakang sepeti pada iPhone 4, model kali ini dilengkapi dengan kamera 12MP. Dan pada iPhone 8 plus, ia mempunyai dwi kamera!
Dari segi display pula, saiz serta featura yang sama seperti iPhone 7. Rasa macam tak berbaloi, tapi tunggu dulu….
iPhone 8 dan 8 plus ni… didatangkan dengan cip yang membolehkan kamera lebih fokus pada setting cahaya yang rendah dan meningkatkan pengurangan bunyi, ini menjadikan imej dan video lebih sharp!
Kamera yang dinaik taraf ini juga mempunyai sensor 12 megapiksel yang membolehkan cahaya dalam 83% lebih tinggi. Walau bagaimanapun, lebih menarik ialah mod Potret beta baharu dalam iPhone 8 Plus. Apabila anda mengambil gambar dengan iPhone 8 Plus, sistem kamera dwi akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk "merasakan pemandangan" dan menukar pencahayaan foto seperti yang anda ambil.
Tak lupa juga… iPhone 8 memperkenalkan pengecasan tanpa wayar untuk kali pertama. Betul - anda akan dapat mengecas iPhone 8 dan iPhone 8 Plus anda menggunakan mana-mana pengecasan tanpa wayar pihak ketiga yang menyokong standard Qi.
Bukan setakat itu…. Ada lagi….
Bersempena dengan ulangtahun ke 10, apple membuat kejutan dengan pelancaran iPhone X disebut iPhone 10.
Fuh… memang cantik design dia dan… butang home telah dikeluarkan daripada iPhone x ini. Pada bahagian depan, rekaan skrin penuh dengan bingkai yang sangat nipis. iPhone X menggunakan skrin bersaiz 5.8-inci dengan Super Retina Display dan buat pertama kalinya, Apple menggunakan teknologi paparan OLED pada iPhone X ni.
Dengan kapasiti yang sama dengan iPhone 8 dan 8 plus, iaitu 64GB dan 256GB, iPhone X ini didatangkan dengan dua warna, dan berharga $999 iaitu lebih kurang RM 4200! Wow, satu harga yang agak tinggi, tapi pada peminat iPhone, anda boleh mula mendapatkannya bermula pada 3 November nanti.
Kenapa harga dia sampai macam tu sekali? Tengok video pengenalan dari apple ini…
Dari segi spesifikasi, sangat menakjubkan. Dimana iPhone menggunakan skrin OLED bersaiz 5.8 inci dan dengan gabungan OLED dan resolusi pada 458dpi, kualiti display pada iPhone ini nanti dikatakan yang terbaik pernah dihasilkan.
Dari segi kamera pula, iPhone X dilengkapi dengan fungsi dwi kamera yang mempunyai mode wide dan juga telephoto. Kedua-dua kamera kini mempunyai penstabilan optik untuk menghilangkan gegaran pada rakaman video, dan membantu foto anda dengan cahaya yang rendah.
Untuk kamera hadapan pula, di datangkan dengan kamera 7 megapiksel yang lebih baik serta mempunyai Mod Potret. Lepas ni, selfie di feed Instagram confirm macam sesi photoshoot!
Jika anda berminat nak dapatkan iPhone X ini pra pesanan akan bermula pada 27 Oktober, dan telefon dijangka akan disediakan pada 3 November.
Akhirnya segala spekulasi tentang rupabentuk dan spesifikasi tentang the next generation iPhone kini terjawab dengan iPhone X.
Apa pendapat korang tentang iPhone X? Ada yang dah start berkira – kira nak angkat satu ?