iPhone X Ini Bersalut Emas 22K Dan Berharga RM300 Ribu!

GAYA HIDUP
September 15, 2017 - 03:41 PM


Ditubuhkan pada tahun 2009, Brikk sememangnya memfokuskan untuk teknologi mewah dan premium. Oleh itu, kesemua produk keluaran Brikk ini adalah sangat rare dan sangat mengutamakan perincian.Kalau kita perhatikan, reka bentuk produk dan aksesori Brikk memang mensasarkan golongan elit yang mahukan kelainan.

Ini kerana Brikk menggunakan bahan rare dan proses kompleks untuk menyiapkan sesebuah produk. Tambahan pula bahan-bahan dan proses yang digunakan adalah lebih menggunakan tujuan scientific.

Kali ini, untuk memenuhi permintaan golongan elit ini Brikk kembali dengan koleksi terbaru mereka iaitu koleksi iPhoneX Lux. Koleksi ini akan release dan berakhir pada disember 2017. Semua model iPhone X Lux adalah sama iaitu 256Gb dan skrin OLED 5.6 inci.

Eksklusif di Brikk, mereka mengeluarkan 5 koleksi untuk iPhone X iaitu, Mono, Classic, Deluxe, Haute dan Ingot.

Koleksi mereka ini bermula daripada USD7900 (RM 33ribu) iaitu koleksi mono, dimana setiap iPhone akan didatangkan dengan pilihan Emas 24k, Rose Gold 18K atau Platinum.

Highlight koleksi mereka, sudah tentulah siri Ingot. Boleh dikatakan siri Ingot ini adalah yang paling rare. Ini kerana akan terdapat 108gram emas 22k pada model Ingot 108 dan terdapat 250 gram emas 22k pada siri Ingot 250.

Harganya? USD 70,000. Kira – kira 300 RIbu duit kita!

 

Amboi. Boleh beli rumah…

Sumber : Brikk