Murni Discovery Cawangan Bandar Sri Permaisuri Cheras Ditutup
FOODIESebut saja pasal Mi Raja Meletop, Nasi Goreng Beckham, Chicken Napolean, kita mesti tahu dah ini tak lain tak bukan, makan dekat Murni Discovery lah ni. Terkenal dengan pilihan makanan yang banyak serta waktu operasi yang panjang, Murni Discovery menjadi salah satu port lepak yang paling digemari oleh semua peringkat umur.
Namun, selepas 3 tahun beroperasi, salah sebuah cawangan mereka di Bandar Sri Permaisuri, telah ditutup. Perkara ini disahkan melalui satu pengumuman mengejutkan di laman Facebook mereka yang berbunyi…
“Dengan berat hati, malam ini menandakan malam terakhir untuk cawangan Cheras kami. Ini bukan selamat tinggal, kami berjanji akan kembali dengan sesuatu yang lebih baik & lebih besar!”
Hal ini membuatkan ramai netizen membanjiri facebook Murni Discovery bertanyakan pelbagai soalan. Walaupun nampak seperti mereka mungkin tutup untuk sementara waktu. Tetapi, menurut comment mereka di FB, nampaknya cawangan Bandar Sri Permaisuri ini memang akan ditutup.
So, lepas ni… kena lepak Murni lain lah… Kalau area Cheras tu, cawangan berdekatan dekat Bukit Jalil la...
Thank You, Murni Discovery Cheras!
Sumber : Facebook | Murni Discovery