Pelancong Dari China Diberi Buku "Handbook Of Dos And Don'ts" 30 Halaman Sebelum Ke Singapore
Seringkali kita mendengar rungutan tentang perangai pelancong dari China ni. Ada sahaja benda-benda pelik yang mereka nak buat. Selain dari disiplin, pelancong dari China juga dikatakan agak pengotor. Budaya meludah dan buang air merata-rata sudah menjadi perkara biasa pada mereka.
Terbaru, Singapore telahpun mengeluarkan 30 halaman buku panduan untuk pelancong dari China tentang perkara-perkara yang boleh di lakukan dan tidak boleh di lakukan di Singapura. Hadaplah ko baca buku tu dulu sebelum travel...
Seperti kita ketahui, Singapura agak telus dengan disiplin dan peraturan. Nak atau tak pelancong dari China perlu mengikut peraturan yang di tetapkan jika mahu melancong ke negara itu.
Buku panduan itu telah pun di lancarkan di Changi Airport jumaat yang lepas 22 september 2017. Laporan mengatakan hampir 1.5million pelancong dari China memasuki Singapura padah separuh pertama 2017. Dengan kehadiran pelancong dari China yang begitu ramai membuatkan keselamatan awam agak terancam dan mereka memerlukan buku panduan ini.
Antara isi buku panduan ini adalah, cara-cara dan tatatertib melintas jalan, di lampu isyarat, tidak boleh memotong barisan dan macam-macam lagi.
Selain itu, mereka juga perlu "flush" toilet selepas digunakan...
Selain Singapura, Thailand juga mengalami masalah yang sama dengan pelancong dari China ini...
Harap-harap Malaysia pun boleh juga buat macam ni.