Bank Negara Pertimbang Haramkan Crypto Currency??

GAYA HIDUP
October 05, 2017 - 11:11 AM


Apa itu crypto currency (CC)? CC ni dia adalah aset digital yang direka bentuk untuk berfungsi sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin urus niaga dan mengawal unit tambahan mata wang.

 

CC ni jugak boleh diklasifikasikan sebagai subset mata wang digital atau subset mata wang alternatif dan mata wang maya. Setiap transaksi CC ini, contohnya BitCoin; dihantar dan diterima melalui bitcoin wallets. Dari segi keselamatan, memang tip-top.

Ini yang menarik pasal CC ni... disebabkan ia hanyalah wang maya, memang takkan wujud unit fizikal. Hanya rekod transaksi akan kelihatan. Misal kata kita nak tengok betul ke ada bitcoin ni… memang takkan jumpa. Memang akan ada alamat yang diberikan, tapi, kita takkan dapat tengok bitcoin digital tu kat sana.

 

Sebagai contoh, antara CC yang terawal adalah BitCoin. 

Macam mana transaksi BitCoin tu ?

 

Ok ini contoh :

Ahmad menghantar beberapa bitcoin kepada Bob, transaksi itu akan mempunyai tiga maklumat:

  1. Input. Ini adalah rekod di mana alamat bitcoin digunakan untuk menghantar bitcoin kepada Ahmad di tempat pertama (dia menerima mereka dari rakannya, Siti).
  2. Jumlah. Ini adalah jumlah bitcoin yang Ahmad hantar kepada Bob.
  3. Keluaran. Ini adalah alamat bitcoin Bob.

 

Kalau nak ikutkan, macam takde masalah apa pun cryptocurrency ni. Di Malaysia sendiri pun ada beberapa kedai yang dah mula terima BitCoin.

Tapi, baru-baru ni, negara China dah haramkan segala jenis CC dari negara tersebut. Tapi, sebenarnya tak pelik pun sebab China suka haramkan benda yang mengugat negara dia. Contohnya whatsapp dan facebook.

 

Menurut laporan Fortune, ada 7 sebab kenapa China haramkan. Tapi ada 3 point penting yang kitorang akan highlight iaitu : 

  1. CC ni diluar kawalan

Sebabkan kesemua transaksi dilakukan secara maya, dan tak ada sebarang fizikal aset, hari-hari pelbagai jenis atau syarikat yang muncul tawarkan Crypto ni.

  1. Banyak scam

Ini pun masalah jugak. Pantang ada peluang, mesti ada yang amik kesempatan. Dah la negara China terkenal dengan ciplak barang, setakat Bitcoin, apalah sangat pada diorang ni…

  1. China nak ada coin sendiri

Ha, kenapa kitorang cakap 3 je, sebab point ini lah. Ini je sebenarnya sebab utama kenapa dia nak haramkan. Sebab nak ada sendiri punya coin.

 

 

Dekat Malaysia pulak macam mana?

 

Menurut laporan The Star, Bank Negara Malaysia masih dalam pertimbangan untuk mengharamkan CryptoCurrency ni. Ketika ditanya sama ada terdapat sebarang rancangan untuk mengharamkan kriptografi seperti yang dilakukan oleh kerajaan China, Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata: "Ini adalah sesuatu yang akan kita tentukan menjelang akhir tahun ini."

 

Tambah Tan Sri Muhammad Ibrahim lagi,sekiranya mata wang kriptografi akan diiktiraf terdapat beberapa panduan yang telah dirangka.

"Garis panduan yang akan kami berikan sebelum akhir tahun ini akan menangani isu-isu dari segi: mendaftarkan pemain, mengumpul data dan memastikan apa sahaja yang mereka lakukan akan telus."

 

 

Kami yakin, ramai miner dalam negara ini. Cuma jangan wujudkan scam sudah. Orang penat kumpul duit nak melabut, korang makan duit atas angin.

 

Sumber : TheStar