11 Makanan Tempatan Di Korea Selatan Yang Halal Dimakan

FOODIE
October 18, 2017 - 03:08 AM


Kami kata: Kita orang islam di Malaysia memang sangat-sangat particular bab-bab makanan halal sewaktu melancong. Anda setuju dengan kami?

Untuk anda yang akan ke Korea Selatan dan tak mahu lagi bawa Brahim, makanan dalam tin, beras seguni dan lain-lain makanan yang dipek dari Malaysia bolehlah mencuba 11 makanan tempatan di Korea Selatan ini.

Artikel di bawah adalah hasil tulisan Travephile iaitu sekumpulan anak muda rakyat Malaysia di Korea Selatan yang kini belajar ataupun bekerja di sana. Travephile juga menguruskan pakej pelancongan di Korea Selatan.

Mereka juga boleh diikuti di fb page mereka di https://www.facebook.com/travephileMY. Kalau ambil servis mereka dah tak perlu risau nak bawa periuk belanga ke Korea Selatan, mereka bawa anda makan tempat-tempat yang best dan yang penting HALAL!

Mereka urus pakej pelancongan ke Korea Selatan sahaja tau, Korea Utara mereka tak cover.

Bagi seorang muslim, memakan makanan yang halal adalah wajib hukumnya tak kira dimana pon kita berada.

Tambahan pula Negara Korea Selatan majoriti umat islamnya adalah sedikit, jadi makanan halal agak susah untuk di cari.

Disini kami senaraikan beberapa makanan korea yang halal yang perlu di cuba!

Sumber: tempatwisataunik.com

 

 

1. Makanan halal di Korea Selatan – Bibimbap

Bibimbap adalah makanan istimewa dari Korea yang berisi campuran daging dan sayuran. Sayuran yang digunakan untuk menu bibimbap ini banyak seperti cendawan, timun, taugeh, lobak dll.

Untuk mendapatkan bibimbap dengan label halal, anda boleh pergi ke restoran Restoran Hanok di Mokmyeoksanbang.

Di restoran tersebut juga banyak disediakan masakan istimewa Korea yang lainnya yang pastinya berlabel halal dan selamat untuk orang islam serta baik untuk diet kerana makanan ini berisi sayur-mayur segar.

 

 

2. Makanan halal di Korea Selatan – Saengseon Gui

Saengseon Gui adalah makanan istimewa Korea yang berasaskan ikan, iaitu ikan makarel. Dalam bahasa Malaysia, saengseon gui ini bermaksud ikan panggang. Ia mempunyai rasa yang sungguh lazat. Berbaloi untuk di nikmati.

Ikan yang digunakan segar, hasil tangkapan nelayan yang langsung di edarkan ke pasar. Oleh karena itu ikan ini tidak akan mengeluarkan bau hayir ketika di panggang.

 

 

3. Makanan halal di Korea Selatan – Maeuntang Sup Ikan Pedas Khas Korea

Maeuntang (sup pedas) adalah masakan sup ikan pedas khas Korea yang direbus dengan saus gochujang. Asal nama maeuntang adalah kata maeun yang berarti pedas dan tang yang berarti sup. Bahan utama maeuntang adalah ikan air tawar atau laut segar yang direbus bersama saus gochujang, bubuk cabai (gochugaru), sayuran hijau seperti, selada air, tanaman ssuk-gat (garland chrysanthemum) serta bawang, lobak, daging sapi, cabai, zucchini, tahu, dan berbagai jenis bumbu dan rempah-rempah.

Banyak restoran yang menjual menu sup ini dengan mengizinkan para pembeli memilih sendiri ikan yang mereka inginkan dari aquarium. Jenis ikan yang umum dicari pembeli adalah ikan kakap merah, kerapu, yellow corvina, kod, tigawaja, pollack, dan ikan air tawar seperti ikan mas dan trout. Adapula pilihan lain seperti kepiting, kerang dan tiram.

Sup ini sangat populer sebagai teman minum soju dan hoe (ikan mentah). Jika memesan maeuntang bersama hoe, maka hoe akan dibuat dari jenis ikan yang dipesan

 

 

4. Makanan halal di Korea Selatan – Sundubu Jjgae

Sundubu jjgae merupakan makanan istimewa Korea yang berasakan tauhu dengan kuah dan rencah yang cukup pedas. Rasa dari sundubu jjgae mungkin akan membuatkan muka kita bertukar menjadi merah!

Rasanya tidak kalah sedap dengan makanan – makanan Korea yang lain. Selain itu bahan asasnya yang tidak terdapat daging sangat recommended bagi anda yang sedang mencari makanan halal. Dan sedang melakukan diet karena akan terhindar dari lemak daging dan di gantikan dengan tauhu yang memiliki protein.

Sundubu jjgae ini sangat sesuai untuk dinikmati ketika musim sejuk, rasanya yang pedas dan kuahnya yang hangat membuat sundubu jjgae menjadi pilihan yang tepat.

 

 

5.Makanan halal di Korea Selatan – Doenjang jjigae

Doenjang jjgae ini termasuk makanan berkuah yang berisi rebusan sayur dan seafood.
Sayuran yang digunakan pun cukup berkhasiat dan tentu juga boleh dijadikan sebagai santapan yang sihat.

Ia juga sangat sesuai untuk di nikmati ketika musim sejuk, untuk menghangatkan tubuh yang kedinginan ketika salji turun sepoi-sepoi bahasa.

 

 

6. Makanan halal di Korea Selatan – Tuna kimbab

Tuna kimbab ini adalah sejenis makanan sushi yang berasal dari jepun. Bentuknya juga sama seperti sushi. Tuna yang digulung dengan sushi ini boleh menjadi hidangan utama makan siang anda.

Rasanya? Tak usah ditanya soal rasa, ramai yang sudah menjadikan tuna kimbab ini sebagai makanan favorit mereka.

Anda nak cuba? Datanglah ke Korea Selatan untuk mencuba merasai kesedapan asli dari tuna kimbab ini.

 

 

7. Makanan halal di Korea Selatan – Haemul Pajeon

Haemul pajeon juga adalah makanan istimewa Korea Selatan yang patut anda cuba jika mengunjungi negera tersebut. Makanan yang satu ini bentuknya sakan pancake.

Makana ini dicampur dengan bahan makanan laut dan dibuat seperti pancake. Dari bahan yang digunakan, makanan ini memang sangat recommended bagi muslim yang melancong ke negera ginseng ini.

Haemul Pajeon menjadi kudapan yang waib dalam setiap perayaan di Korea. Makanan yang berisi sotong kurita serta sotong biasa ini menjadi makanan yang WAJIB untuk di cuba.

 

 

8. Makanan halal di Korea Selatan – Jjampong

Jjampong ini merupakan mee yang dicampur dengan seafood seperti sotong, siput dan udang. Rasa kuahnya pedas dan kaya akan rempah. Dan rasa keseluruhan dari si mee kuah pedas seafood ini sangat membangkitan selera.

Ia jugamerupakan makanan yang halal karena tidak ada bahan seperti daging babi yang selalu digunakan pada makanan Korea lainnya.

Disebabkan masyarakat Korea yang gemar makanan pedas, maka Jjampong ini memiliki rasa pedas masam manis, sesuai dengan citarasa makanan seafood. Namun jangan khawatir bagi anda yang tak menyukai makanan pedas, kerena kuah yang dihasilkan berwarna merah, tak menjamin makanan ini akan terasa begitu pedas.

 

 

9. Makanan halal di Korea Selatan – Tteokbokki ( 떡볶이)

juga diketahui sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki, dan dukboki ialah makanan snek Korea yang popular daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis.

Makanan ini amat mudah didapati daripada gerai tepian jalan atau pojangmacha.

Asalnya ia dikenali sebagai tteok jjim (떡찜) dan merupakan hidangan hirisan kek beras, daging, telur dan perisa.

Selain mudah untuk dibuat, makanan ini menjadi kegemaran remaja di Korea, bahkan telah menjadi juadah wajib ketika berkumpul bersama keluarga ataupon teman.

 

 

10. Makanan halal di Korea Selatan – Sup kacang pedas

Sup kacang pedas ini merupakan makanan istimewa Korea yang lain yang dapat para pelancong muslim nikmati. Tentu dari namanya kita sudah tau, bahan utama dari makanan ini adalah kacang yang di campur dengan rempah yang pedas sedemikian rupa sehingga menjadi sup dengan rasa yang pedas.

Sup kacang pedas dengan label halal ini boleh anda nikmati di restoran Shabana. Tidak hanya sup kacang pedas khas Korea saja yang boleh anda nikmati, tetapi makanan – makanan untuk vegetarian lainnya dan dijamin halal.

 

 

11. Makanan halal di Korea Selatan- Hobakjuk

Ingin mencuba makanan Korea yang lain dari yang lain?

Mungkin hobakjuk sangat sesuai untuk memenuhi selera makan makanan Korea anda. Hobakjuk ini sejenis bubur yang menggunakan labu sebagai bahan dasarnya.

 

Destination: