Gara-Gara Tidak Memenuhi Aspek Kebersihan, Lemang To’Ki Diarah Tutup Sementara...
FOODIEPemilik restoran lemang To’Ki akui premisnya diarah tutup baru-baru ini. Menurut laporan mStar, arahan tersebut sedikit sebanyak membirikan tamparan hebat kepada pemilik restoran berkenaan, Mazlan Ramli.
Menurut posting di facebook, ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota penguatkuasa sekitar jam 4 petang, kakitangan di cawangan Lemang To’Ki 1 tidak sempat untuk membuat kerja-kerja pembersihan di dapur.
Mereka diarahkan untuk menutup cawangan tersebut selama 14 hari atas faktor kebersihan. Dan menurut pemiliknya, mereka akui kesilapan pihaknya itu dan akan pastikan perkara sama tidak berulang.
Namun begitu, ada update terbaru yang kami dapat melalui posting di FB Lemang To’Ki sendiri…
Mereka dibenarkan berniaga hari ini juga, dan arahan penutupan ditarik balik dengan syarat pemeriksaan oleh pegawai boleh dilakukan pada bila-bila masa dan sekiranya didapati bersalah. Premis akan ditutup semula.
Harap perkara ini membuka mata semua lah, lagi-lagi bila apa yang kita buat itu berkaitan dengan makanan. Penutup kepala, apron, mask kena sentiasa pakai. Sarung tangan pun salah satu. Kes keracunan makanan bermula dengan perkara-perkara macam ni lah...
Sumber | mStar