Fakta Yang Kita Perlu Tahu Tentang Gelaran-Gelaran Di Malaysia…

TERKINI
October 25, 2017 - 01:02 PM


Kejap Dato’ kejap Datuk, confusing betul. Sebenarnya mana satu yang betul? Ok rilek kejap.Sebenarnya dua-dua betul. Tak ada yang salah pun.

Kita selalu dengar artis itu dapat gelaran, atlet dapat gelaran tapi kita takt ahu apa beze dia sebenarnya… Jom, kami jelaskan. Ini adalah fakta tentang gelaran-gelaran yang ada di Malaysia.

  1. Tun –

Gelaran Tun ini adalah penghormatan tertinggi awam yang boleh diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak. Gelaran ini diberikan oleh Yang Dipertuan Agong di peringkat Persekutuan. Untuk pemegang gelaran Tun ini, sebenarnya tidak melebihi 35 pemegang yang masih hidup pada satu-satu masa.Manakala, isteri kepada Tun dipanggil Toh Puan.

  1. Tan Sri –

Tan Sri adalah gelaran kedua tertinggi di peringkat Persekutuan. Terdapat 2 kategori gelaran Tan Sri iaitu Panglima Mangku Negara (PMN) dan Panglima Setia Mahkota (PSM) kedua-duanya membawa gelaran Tan Sri dan pada sesuatu masa, hanya ada 75 pemegang PMN dan 250 pemegang PSM yang masih hidup.

 

  1. Dato’ Seri dan Datuk Seri –

Dato’ Seri adalah gelaran tertinggi yang dikurniakan oleh Sultan daripada 9 negeri Melayu pada peringkat negeri. Gelaran ini bersamaan dengan pangkat Tan Sri dan Datuk Seri pula oleh pembesar negeri yang tidak mempunyai Sultan seperti Melaka dan Pulau Pinang. 

Tapi, kenapa ada Dato’ Seri dan Dato’ Seri pulak? Mana satu betul? Jangan risau, kedua-duanya betul, cuma… Gelaran Dato’ Sri ini hanya dikurniakan oleh Sultan Pahang manakala negeri lain menggunakan gelaran Dato’ Seri.

 

  1. Dato’ dan Datuk

Selama ini ada yang beranggapan gelaran Datuk ini adalah gelaran beli. Sebenarnya salah!

Gelaran Dato’ dikurniakan oleh Sultan yang memerintah 9 negeri Melayu sebagai contoh, Selangor, Pahang, Perak dan lain-lain. Manakala gelaran Datuk ni pulak, dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong atau Yang Dipertua di negeri yang tidak mempunyai Sultan seperti Pulau Pinang, Sarawak dan lain-lain.

Sebab itulah gelaran pada Lee Chong Wei dan Nicol David ialah Datuk… Sebab diorang terima daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Macam Shah Rukh Khan, beliau terima pangkat tersebut daripada Melaka, jadi title beliau ialah Datuk bukannya Dato'... 

Mereka yang menerima gelaran-gelaran ini ada sumbangan yang tersendiri kepada masyarakat, dan sebab itulah mereka dianugerahkan gelaran tersebut…

So, lepas ini jangan ada yang salah faham lagi sudahlah ataupun cakap gelaran itu dibeli pulak…