Pelanggan Netflix Diminta Berhati-hati Dengan Scam Email!

TERKINI
November 07, 2017 - 02:50 PM


Syarikat penyedia streaming media dan video atas permintaan online, Netflix baru-baru ini dikejutkan dengan satu scam melalui email yang disasarkan kepada jutaan pelanggannya.

Menurut deadline.com, scam ini sangat professional dengan design serta email yang customized kepada setiap pelanggan supaya memperbaharui langganan mereka kerana akaun mereka akan ditamatkan.

Email palsu ini juga mengarahkan para pelanggan supaya mengupdate informasi akaun mereka bagi mengelakkan penamatan langganan. Hal ini menyebabkan data peribadi dan info berkenaan kad kredit pelanggan dapat diakses oleh scammer ini.

Email yang bertajuk “your suspension notification” ini disertakan dengan pautan dimana pelanggan akan di bawa ke sebuat laman web Netflix yang palsu. Mereka kemudian dikehendaki log masuk dan berikan maklumat peribadi mereka.

Menurut screenshot yang disertakan, email tersebut memang seakan-akan sama dengan email Netflix sebenar. Selain daripada email, laman web Netflix palsu yang mereka reka juga sangat menyerupai laman web Netflix yang sebenar.

Jadi, kalau anda salah seorang pelanggan Netflix, diminta berhati-hatilah dengan scam ini. Dunia era teknologi ni, macam-macam cara orang boleh buat untuk menipu…

 

Sumber | Deadline.com