Nasi Lemak Lobster di Cheras Hanya Berharga RM20 Sahaja!!!

FOODIE
November 10, 2017 - 06:59 PM


Masihkah anda ingat akan kisah nasi lemak lobster yang tular di Singapura yang membuatkan kita rakyat Malaysia berasa teringin dan mahu ke sana semata-mata untuk mencubanya?

 

Batalkan sahaja niat anda itu kerana……..di negara kita sendiri pun telah ada nasi lemak lobster yang istimewa.

 

 

Dikatakan bahawa sebuah kedai nasi lemak yang telah mempunyai reputasi yang hebat kerana telah beroperasi selama 20 tahun telah mengambil inisiatif untuk menjual nasi lemak lobster kepada pelanggan.

 

Ianya tidak lain dan tidak bukan, merupakan kedai Nasi Lemak Tepi Jalan yang dibuka di cawangan Cheras Selatan, Balakong.

 

Menurut laman Facebook mereka, kedai pertamanya dibuka pada bulan Julai 1996 di laluan di Desa Petaling. Kini, generasi baru pula telah mengambil alih legasi perniagaan tersebut dan mahu menghargai pengorbanan ibu bapa mereka dengan membuka sebuah restoran di Cheras Selatan.

Nasi lemak kukus yang menjadi menu istimewa mereka lazimnya didatangkan dengan pilihan ayam goreng, sambal sotong dan sambal kerang membuatkan orang ramai berpuas hati kerana sesuai dengan selera masyarakat Malaysia.

 

 

Sambalnya wangi, sedikit manis dan pedas di mana ia sememangnya melepasi syarat-syarat sambal yang enak untuk dihidangkan bersama sepinggan nasi lemak.

 

Walau bagaimanapun, generasi muda pada hari ini telah lahir dengan idea menarik untuk menambah menu di restoran mereka pada bulan September lalu, iaitu nasi lemak lobster.

 

Yum yum! Bukan itu sahaja, ketam juga ditambah bagi mereka yang sukakan ketam dihidangkan bersama nasi lemak.

 

Nasi lemak mereka sangat popular kerana hampir sahaja mereka kehabisan stok lobster dan ketam, tetapi stok mereka ditambah dengan cepat juga ya.

 

Lobster dan ketam bersama nasi lemak dihidangkan bersama sos keju dan mentega yang sangat lazat!

 

 

Apa yang menariknya, nasi lemak tradisional versi lobster ini bermula dengan harga yang sangat berpatutan, daripada RM20 bergantung kepada saiz lobster.

 

Manakala untuk nasi lemak ketam pula bermula dengan harga RM25 sahaja. Restoran ini boleh dikunjungi menerusi alamat : D1-28-G, Block 7, Jalan Dutamas, Taman Dutamas, Balakong, Cheras, 43200.

 

Waktu operasi adalah pada hari Isnin-Jumaat daripada pukul 1 petang hingga 12 tengah malam.