Trump Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel Walau Ditentang Pelbagai Pihak

TERKINI
December 07, 2017 - 10:18 AM


Donald Trump sekali lagi dikritik dunia atas tindakan beliau semalam. Presiden Amerika Syarikat itu telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Ini secara tidak langsung mencetuskan kemarahan bukan sahaja pemimpin dan rakyat Palestin tetapi juga seluruh dunia.

Beberapa pemimpin Palestin di Tebing Barat deibelenggu kemarahan selepas ucapan Trump dan memberikan maklum balas yang negatif. Mereka mengisytihar bahawa AS tidak lagi layak menjadi orang tengah dalam rundingan damai di Asia Barat.

Menurut Ketua Setiausaha Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erakat berkata Trump memusnahkan penyelesaian dua negara dan mengatakan tindakan Presiden itu hanya mengukuhkan kumpulan pelampau di rantau ini.

 

Sumber : BH Online