Gara-Gara Pamer Logo Starbucks, Pemberita Dipecat Serta Merta

TERKINI
December 27, 2023 - 05:18 PM


Seorang pembaca berita wanita di stesen televisyen TGRT Haber, Turkiye dipecat selepas dia muncul dalam satu siaran secara langsung dengan terdapat secawan kopi Starbucks di atas mejanya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Meltem Gunay dilihat menyampaikan berita pada Ahad lalu iaitu sebelum sambutan Krismas dengan secawan kopi itu diletakkan di atas meja sehingga menyebabkan penonton mengkritiknya kerana mendakwa dia merupakan penyokong Starbucks.

Jenama kopi itu kini diboikot oleh aktivis-aktivis pro-Palestin kerana ia didakwa menyokong Israel dalam perang menentang Hamas di Gaza, Palestin yang bermula sejak 7 Oktober lalu.

Namun, beberapa jam kemudian, TGRT mengumumkan bahawa Gunay bersama pengarah segmen berita telah ditamatkan perkhidmatan kerana iklan Starbucksndilarang sama sekali di stesen televisyen tersebut.

TGRT  turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka dan menyatakan bahawa stesen penyiaran itu memahami sensitiviti rakyat Turkiye berhubung situasi di Gaza.

Destination: