"Mana Ada Nama Manusia Bermula Dengan B*b*" - Starbucks Bakal Disaman Wanita Ini, Bengang Namanya Salah Di Cawan!
TERKINISeorang pelanggan kedai kopi popular bengang apabila barista kedai tersebut salah eja namanya dengan nama “babi” pada cawan kopi.
Dia yang tidak berpuas hati nekad mengambil tindakan undang-undang ke atas kedai kopi berkenaan gara-gara nama yang ditulis di cawannya membawa maksud berlainan.
Menerusi perkongsian wanita itu, Bavitra Ramachandaran di Facebook, jelas logo yang terpapar pada cawan berkenaan merujuk kepada kedai kopi Starbucks.
Gambar itu juga memaparkan secawan kopi dengan tulisan ‘babi’ di bahagian hadapan.
Kesalahan itu difahamkan terjadi disebabkan nama singkatannya iaitu Bavi tidak ditulis dengan sempurna, sebaliknya ditulis dengan nama haiwan.
Bagaimanapun, Bavitra berkata, kesalahan itu tidak patut terjadi kerana suaminya telah memberikan ejaan yang betul.
“Saya akan saman syarikat ini. Takkan pekerja Melayu kamu tidak tahu yang tiada nama manusia bermula dengan babi,” katanya.
Netizen di Facebook juga mengecam kesalahan agak berat dilakukan barista kedai berkenaan walhal ejaan sebenar telah diberikan.
Mereka juga beranggapan ia perbuatan yang secara halus menunjukkan sikap biadab barista kerana jika tidak pasti, mereka sepatutnya bertanya dengan baik.
Sumber: Malaysia Dateline