Starbucks Malaysia Hilang 40% Pengguna, Bukti Boikot Berkesan

TERKINI
December 07, 2023 - 11:44 AM


Jenama kopi antarabangsa, Starbucks Coffee mengalami kemerosotan pengunjung sehingga 40% akibat tindakan boikot yang dilancarkan rakyat Malaysia secara besar-besaran. Kempen boikot terhadap syarikat tersebut dikatakan kerana mereka menunjukkan sokongan terhadap Israel dalam konflik Israel-Hamas yang sedang berlangsung.

Menurut RHB Investment Bank Bhd, data tersebut menyaksikan persekitaran perniagaan bagi Starbucks Coffee, Berjaya Food Bhd (BFood) perlu mengatur langkah dengan lebih berhati-hati kerana kempen boikot itu dilihat akan berlarutan lebih lama sekiranya konflik Israel-Hamas tidak menemui jalan penyelesaian.

Menurut mereka lagi, kesan ketika tempoh boikot mungkin tidak dapat dipulihkan dengan mudah dan usaha keras perlu dilakukan.

Hasil tinjauan mereka ke beberapa cawangan Starbucks menunjukkan jumlah pengunjung agak rendah berbanding kebiasaan walaupun ketika waktu puncak. Hal ini berbeza dengan kebanyakan jenama kopi lain yang masih menerima kunjungan pelanggan seperti biasa.

Situasi ini dilihat akan memberi kesan yang buruk kepada jenama kopi antarabangsa tersebut.

 

Sumber: Intraday

Destination: