Tak Perlu Nak Boikot McD! Ini 8 Syarikat Yang Korang Sepatutnya Boikot

TERKINI
May 20, 2021 - 03:52 PM


Isu boikot memboikot ni memang bukan sesuatu yang baru lagi kerana kita memang akan dengar berita yang meremukkan hati tentang Palestin hampir setiap tahun, dan setiap tahun juga kita memang akan secara aktif adakan solat hajat, dan sampaikan doa-doa untuk saudara di sana. 

Selain itu, antara usaha yang kita boleh ambil bagi membantu saudara kita di sana adalah bagi menghentikan segala sokongan kepada produk Israel, dan setiap tahun, dua jenama terkemuka yang akan terkena tempias boikot adalah McDonalds, dan Starbucks yang dikaitkan dengan Israel. 

Jadi, adakah kita betul memboikot produk yang betul? 

McDonalds tidak salur bantuan ke Israel.

Setiap kali berlakunya kemelut Palestin-Israel, McDonald's perlu membuat penjelasan, dan sekali lagi mereka telah menolak tuduhan menyalurkan bantuan kepada Israel dalam apa-apa bentuk sekali pun. Pertuduhan tersebut disifatkan sebagai satu pembohongan dan fitnah semata-mata. 

McDonald's Malaysia yang diuruskan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd telah diambil alih sepenuhnya oleh Reza Group Arab Saudi dan sepenuhnya diuruskan oleh umat Islam. Bukan sahaja Palestin-Israel, McDonald's langsung tidak masuk campur mana-mana konflik politik dan agama dari mana-mana negara. 

Starbucks juga tidak salur bantuan ke Israel.

Starbucks turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak sama sekali menyokong Israel, mahupun menyalurkan sebarang bantuan, malah mereka turut menyatakan yang mereka tidak langsung mempunyai cawangan di Israel. 

Senarai produk dan syarikat untuk diboikot


Menurut BDS ataupun Boikot, Divestment, Sanctions, sebuah gerakan yang keadilan, kebebasan, dan kesaksamaan yang dipimpin oleh Palestin, berikut adalah senarai syarikat yang perlu diboikot berdasarkan kajian yang mendalam, dan telah dipastikan bahawa mereka menyalurkan bantuan, ataupun mendatangkan sebarang keuntungan kepada Israel. 

  • Hewlett Packard (HP)
  • PUMA
  • G4S (perkhidmatan yang digunakan secara meluas di Malaysia)
  • US Caterpillar (diedarkan oleh Sime Darby Industrial)
  • Industri Berat Hyundai
  • Ahava (Produk Kosmetik Israeli yang dijual di Lazada dan Shoppee)
  • Produk AXA
  • Airbnb

Sekiranya korang nak sumbang bagi membiayai aktiviti boikot Israel, bolek klik di sini, dan kalau korang nak sumbangkan secara terus bagi membantu rakyat Palestin, klik sini untuk derma melalui MyCARE.