"Guna Menu & Papan Yang Sama" - Starbucks Rebranding Jadi Vista Coffee?

TERKINI
January 09, 2024 - 05:02 PM


Umum sedia maklum bahawa semenjak serangan yang kejam oleh Israel ke atas rakyat Palestin yang berlaku sejak 7 Oktober lalu, pelbagai kempen boikot telah diadakan.

Kempen boikot tersebut dilancarkan terhadap jenama-jenama yang menyokong Israel seperti Coca-cola, Nescafe, McDonalds dan lain-lain.

Terbaru, jenama kopi antarabangsa, Starbucks dikatakan telah rebrand menjadi Vista Coffee. Ramai yang membuat anggapan sedemikian ekoran satu hantaran di X oleh akaun @dublinairport.

Berdasarkan hantaran tersebut, akaun itu memuat naik tentang pembukaan outlet kopi bernama Vista Coffee di Terminal 1 Bandara Dublin. Akaun tersebut juga mengunggah beberapa foto yang memperlihatkan keadaan kedai dan menu yang terdapat di outlet kopi tersebut.

"Kedai Vista Coffee kami yang baru dibuka di Terminal 1 pagi ini dan sudah mendapat sambutan baik dari orang ramai," tulis akaun tersebut.

Yang menariknya, sebelum pembukaan Vista Coffee, unit atau tapak kedai tersebut dihuni oleh salah satu cawangan Starbucks.

Netizen kemudian beranggapan bahwa Vista Coffee merupakan rebranding dari Starbucks. Salah seorang pengguna X memfokus pada papan menu milik Vista Coffee yang kelihatan serupa dengan yang biasa digunakan di Starbucks.

Bukan setakat itu sahaja, di papan menu tersebut juga tertera tulisan "Your Starbucks Favorite" dan terdapat logo Starbucks.

Setakat ini, masih belum ada apa-apa lagi kenyataan dari pihak Starbucks.

 

Sumber: X

Destination: