Pasangan Ditahan Akibat Cubaan Jual Bayi Di Mudah.my

TERKINI
December 13, 2017 - 11:26 AM


Seorang lelaki dan teman wanitanya ditahan oleh pihak Polis pada malam Isnin lalu kerana cubaan menjual bayi kembar milik mereka di atas talian melalui laman web mudah.my.

Dikatakan bahawa, wanita tersebut dalam lingkungan 20 tahun ditahan di Setapak manakala teman lelakinya yang berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Ampang.

screenshot iklan di mudah.my - FB - Syed Azmi

Menurut pihak Polis, pasangan terbabit dikatakan telah mengiklankan bayi mereka itu untuk dijual dengan harga RM 15 ribu di internet pada hari Jumaat.

Walaubagaimanapun, bayi kembar berkenaan berjaya diselamatkan dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes berkenaan akan disiasat dibawah akta Kanak-kanak 2001.

Bayi kembar berkenaan berjaya diselamatkan oleh netizen sebelum sempat dijual...

Iklan di laman web mudah.my tersebut dikatakan telah tular di media sosial dan aplikasi whatsapp. Namun mudah.my telahpun membatalkan dan mengeluarkan iklan tersebut dari laman web mereka.

 

Sumber : The Sun | FB | Syed Azmi