Pemuda Berasal Di Malaysia Kongsi Kisah Petik Kobis Di Korea

TERKINI
December 26, 2017 - 01:00 PM


Kalau sebelum ini, ramai berkongsi kisah mendapat bayaran lumayan sebagai pemetik anggur di Korea. Viral pula sejak akhir ini tentang Adib Zizan yang berkongsi kerjanya di Korea sebagai pemetik Kobis. Seperti yang kita ketahui, makanan 'wajib' di Korea adalah kimchi yang mana bahan utamanya ialah Kobis. 

Ketika bercerita pengalamannya bekerja disana, beliau berkata hakikatnya kedengaran mudah, tetapi sebenarnya tidak. Sebelum ini dia pernah bekerja di kilang batu, konkrit, petani dan sebagainya.

Perlu berdepan dengan suhu rendah, Adib menceritakan pengalaman sorang remaja disana yang bekerja tak sampai dua bulan dan mendapat pendapatan sebanyak 3 juta won (RM11,000).

Menurut Adib, remaja berkenaan ditinggalkan ejennya dan dia bekerja sebagai pemetik kobis bagi menyara kehidupannya. Menceritakan sebab penghijrahan ke Korea, dia menambah kerana tiada pelajaran untuk bekerja sebagai professional di sini.

Petik Kobis

Semenjak viral, katanya beliau sering dihubungi oleh ramai individu Malaysia untuk meminta tolong. Namun, dia menegaskan bahawa kepada yang berminat perlu mencari ejen di Korea.

 

Destination: