Awas! Jika 4 Perkara Ini Ada Pada Jual Beli BitCoin Anda, Ia Adalah Scam

GAYA HIDUP
December 27, 2017 - 12:35 PM


1 Bitcoin bersamaan 64 Ribu ringgit. Siapa yang tak gelap mata bila nampak amaun sebesar itu kan?

Apabila dah nilai sebegitu rupa, maka banyaklah orang-orang yang tak bertanggungjawab mula tawarkan macam-macam jenis skim untuk mulakan perniagaan Bitcoin.

Rakyat Malaysia ni hakikatnya semua bijak, Cuma kebijaksanaan mereka itu digunakan dengan cara yang salah. Salah satu contoh adalah penipuan. Ini paling top.

Percayalah, tak lama lagi akan tumbuh pelbagai lagi skim yang menggunakan Bitcoin sebagai umpan.

Nasihat kami, sekiranya anda betul berminat, buatlah pembacaan sedikit. Ambil ilmu macam mana nak trade BitCoin ni.

Dan sekiranya anda berjumpa dengan 4 ciri-ciri ini pada transaksi atau skim tersebut, janganlah percaya. Sebabnya ia adalah scam.

Cara Mudah Nak Kenal Scam BitCoin

  1. Mereka jamin anda akan dapat pulangan lumayan.

Hakikatnya, sekiranya pulangan yang dijanjijkan adalah diatas 4-5% setahun iaitu lebih tinggi daripada pulangan yang dijanjikan oleh bank-bank tempatan, ianya satu penipuan. Tiada apa yang ‘guarantee’ dalam hidup ni.

 

  1. Jaminan Harga BitCoin Akan Dijangka Naik

Jaminan macam ni sebenarnya ibarat perjudian, macam baru-baru ini, apabila nilai BitCoin susut, ramai yang terkejut dan pengasas bersama BitCoin sendiri bertindak untuk menjual kesemua BitCoin miliknya…

 

  1. Ada ‘Sesuatu’ Pada Orang Yang Tawarkan Bitcoin

Ini ada kaitan dengan pembacaan atau ilmu tentang bitcoin. Kalau anda tahu pasal bitcoin, anda mesti perasan kalau orang yang deal tu macam ada sesuatu sangat… Jadi, kalau ada jumpa orang macam ni, dengan latar belakang dia pun tah apa-apa, baik hindar.

 

  1. Perlu Rekrut Orang atau Cari Downline

Eh, macam pernah ada je skim ni di Malaysia. Ya, MLM. Kerana urusan jual beli BitCoin tidak melibatkan upline atau downline. Anda boleh buat pembelian terus kriptocurrency ini di platform mereka sendiri. Sebagai contoh LocalBitcoins.

Kesimpulannya, setiap perkara dalam dunia ini berisiko. Jika anda nak juga cuba, teruskan. Cuma nasihat kami, dapatkan daripada sumber yang diketahui kesahihannya dan kredibilitinya. Jangan main beli dan labur je. Last-last, hangus semua duit.

Kalau anda tak minta BitCoin, cuba baca pasal Online Shopping ni... =D