4 Makanan Yang Boleh Hilangkan Mengantuk, Selain Kopi!

GAYA HIDUP
January 03, 2018 - 12:40 PM


Selalu kita dengar kalau mengantuk, kita kena minum kopi. Kebiasaannya, rasa mengantuk itu akan terus hilang selepas minum secawan kopi.

Tapi, ada juga kesan kalau kita ambil kopi secara berlebihan.

Apa kata, kalau anda betul-betul mengantuk, cuba 4 makanan ini untuk menggantikan kopi anda.

 

#1. Coklat Hitam

Dark Chocolate sebenarnya mengandungi kafein tetapi tidaklah setinggi kopi. Kafein dalam coklat ini boleh menyegarkan mata dan memberikan kita tenaga.

 

#2. Avocado

Buah avocado mempunyai kandungan potassium. Potassium inilah yang akan membuatkan kita rasa bertenaga sepanjang hari. Malah, pengambilan setengah biji avocado sebagai sarapan sudah cukup untuk memberikan tenaga sehingga waktu tengah hari.

 

#3. Pisang

Selalu kalau kita tengok acara larian, para atlet akan makan pisang kan? Ha, sebabnya pisang ni mampu memulihkan dan membekalkan tenaga.

 

#4. Badam

Badam atau almond ini kaya dengan vitamin E, B6 dan folat. Selain dapat menambahkan tenaga, makan kekacang ni tidaklah mengemukkan.

So, lepas ni boleh la pegi kedai berhampiran, stokkan almond bebanyak dalam laci. Agak-agak mengantuk, kunyah je..

 

Sumber : Maskulin