Masuk Zoo Nak Tengok Penguin, Rupa-Rupanya… Belon!

TERKINI
January 05, 2018 - 12:58 PM


Sering menjadi perhatian kerana menciplak barang-barang ori, negara China sekali lagi membuat kontroversi!

Kali ini melibatkan salah sebuah Zoo yang bertempat di Guangxi, iaitu Guishan Zoo. Rata-rata pengunjung ternyata tertipu dengan taktik pemasaran zoo berkenaan yang meminta bayaran sekitar 15 yuan (Rm9.30) untuk melihat penguin.

Dalam iklan yang dinaikkan, pengunjung dikatakan dapat melihat pelbagai spesis haiwan yang rare dan belajar berkenaan hidupan liar berkenaan. Gambar binatang yang ada di dalam iklan terbabit adalah burung unta, buaya, burung merak dan monyet.

Tarikan utama yang dijanjikan pula ialah ‘penaklukan penguin’.

Malangnya, rata-rata pengunjung menjadi berang kerana apa yang ada dalam zoo berkenaan adalah jauh sama sekali daripada apa yang diiklankan! Mereka mendapati hanya ada ayam, itik dan seekor kura-kura dalam akuarium kaca.

 

Tidak terhenti disitu, pengunjung sebenarnya dapat melihat penguin.

Cuma, penguin berkenaan diletakkan dalam kolam yang telah dikeringkan dan penguin tersebut sebenarnya hanyalah belon berbentuk penguin!

Siapa tak marah kan? Bayar nak tengok binatang, dapat tengok belon pulak!

 

Sumber : The Sun