"RM350 Dari KLIA Ke Bukit Bintang" - Pelancong Dakwa Kena Tipu Hidup-Hidup Dengan Pemandu Teksi

TERKINI
November 03, 2023 - 05:50 PM


Seorang pelancong meminta mereka yang mempunyai rencana untuk melancong ke Malaysia untuk berwaspada selepas dia mendakwa ditipu sebanyak RM350 ketika menaiki teksi dari KLIA ke Bukit Bintang.

Melalui akaun TikToknya @khletus.travels, pelancong itu berkongsi bagaimana dia ditipu sehingga ratusan ringgit dengan harapan ia akan menjadi pengajaran kepada pelancong lain untuk tidak berada di dalam situasi yang sama.

Gambar Hiasan

Dia menjelaskan bahawa dia dan keluarga baru sahaja sampai daripada penerbangan yang melelahkan selama 17 jam dan terus menuju ke kaunter teksi untuk menempah perjalanan ke tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Tetapi apabila diberitahu harga, dia serta-merta berfikir bahawa ini mungkin sebahagian daripada penipuan.

“Tetapi, memandangkan keluarga saya sangat penat, mereka tidak kisah. Mereka seperti, ‘Kami hanya terima, itu tidak penting’. Dan akhirnya, orang yang menemani kami ke teksi memberitahu kami, ‘Ya kawan-kawan, kamu baru sahaja ditipu’,” katanya dalam klip itu.

@khletus.travels Checking prices is generally a good thing to do 💀 Correction: it was a mini bus/van (14 seater) NOT a taxi #malaysia #kualalumpur #malaysiatiktok #traveltips #travellife ♬ Everything Works Out in the end instrumental - scars
Destination: