[VIDEO] Piknik Dalam Airport, Siap Bawa Periuk Nasi!

TERKINI
September 05, 2022 - 01:30 PM


Setiap kali berkunjung ke lapangan terbang pasti kita akan mengambil masa yang lama sebelum berlepas bukan? Maklumlah, kita perlu pastikan kita tiba awal di lapangan terbang supaya dapat menguruskan urusan penting di balai pelepasan.

Jadi, salah satu cara untuk menghabiskan masa adalah dengan menjamu selera terlebih dahulu.

Namun, selain dari menjamu selera di restoran yang terdapat di sana ada juga dalam kalangan kita yang menjamu selera secara piknik di lapangan terbang. Lain macam!

Baru-baru ini tular di laman media sosial memaparkan sekumpulan individu sedang makan secara duduk dan bersila di atas lantai berdekatan dengan tempat menunggu dalam ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bukan sekadar menjamah makanan ringan, dalam video tersebut juga memaparkan beberapa individu seakan sebuah keluarga turut menjamu selera seolah-olah sedang berkelah dengan makan hidangan lengkap nasi serta lauk.

Perkongsian video ini sudah semestinya mendapat respon dan reaksi pelbagai dari warga netizen yang berpendapat bahawa tindakan tersebut adalah tidak sopan. 

Namun pun begitu, sudah 24 jam video berkenaan tular namun pihak KLIA masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sumber: Twitter @arfdy12 & Sirap Limau

 

Destination: