Pramugari Air Asia Di Tegur Rakyat New Zealand Gara-Gara Pakaian Terlalu Seksi

TERKINI
January 15, 2018 - 01:04 PM


Agak memalukan apabila syarikat penerbangan di negara ini mendapat teguran daripada pihak luar yang memandang 'jijik' kerana pakaian pramugari yang tidak menutup aurat

Ia sekaligus dikatakan menjejaskan imej dan memberikan tanggapan salah terhadap Malaysia.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, beliau telah menerima sepucuk surat daripada seorang wanita warga New Zealand yang melahirkan rasa 'jijik' ke atas uniform pramugari sebuah syarikat penerbangan negara.

"Robertson menulis surat ini selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakan saya terhadap pakaian pramugari yang terlalu seksi.

"Dalam surat itu Robertson menyatakan beliau datang ke Malaysia dua kali setahun sejak 10 tahun lalu kerana sukakan negara ini.  "Beliau merasa terlalu 'jijik' apabila melihat pramugari penerbangan yang dinaikinya memakai skirt yang terlalu pendek dan pengalamannya berhadapan dengan pramugari daripada syarikat penerbangan tersebut.

"Pada Oktober 2017, beliau telah menaiki penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur, seorang pramugari yang sedang memberikan layanan di kelas bisnes membiarkan bajunya di bahagian atas terbuka, beliau meminta wanita tersebut memakai jaket kerana dia sedang tunduk ke arah mereka," katanya.

Sebelum ini Hanafi mencadangkan agar kerajaan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di Malaysia.

Ini kerana Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat seharusnya memiliki imej lebih sopan

"Robertson turut membandingkan syarikat penerbangan tersebut dengan syarikat-syarikat penerbangan Eropah, New Zealand dan Amerika Syarikat pun tidak memakai skirt yang sesingkat itu

"Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang luar terutama wanita termasuk orang-orang Barat merasakan wanita tidak perlu berpakaian sebegitu untuk melariskan jualan," katanya lagi. 

 

Destination: