Tak Mengaku Khunsa Safiey Ilias Sindir Nur Sajat Ker Tu?

TERKINI
January 26, 2018 - 11:56 AM


“Saya Tak Munafik Nak Mengaku Saya Khunsa” Safiey Ilias Sindir Siapa Tu?

Macam-macam hal la pondan-pondan di Malaysia ni. Selain daipada nak melakukan produk apa lagi yang golongan ini cuba sampaikan?

Berlumba-lumba tayang ‘boyfriend’. Nak tunjuk siapa punya lebih sado ke? Kali ini, bila isu jantina senyap, timbul pula isu mengata sesama sendiri. Memang suka cari perhatian ye?

Semalam pondan yang membuat ‘u-turn’ mahu menjadi wanita semula, Safiey Ilias merakamkan video secara langsung melalui akaun Instagram miliknya menyelar seseorang.

Menurutnya insan itu munafik kerana mengaku dirinya khunsa bukan pondan sepertinya. Manakala dia (Safiey) bersikap jujur mengakui dirinya pondan.

“Saya tak rasa apa-apa pun jika orang panggil saya bapok atau pondan, sekurang-kurangnya saya tak munafik mengatakan saya khunsa, munafik kata saya perempuan sekejap lelaki.”

Kenyataan berbaur sindiran itu seakan-akan merujuk kepada Nur Sajat yang sejak dari dahulu mengakui dirinya khunsa. Namun begitu, ramai yang mempertikaikan kesahihan kenyataan Sajat itu sehinggalah baru-baru ini pihak JAKIM masuk campur untuk mencari jawapan sebenar

Selain itu, Safiey juga turut menyelar tindakan Nur Sajat yang ingin melakukan umrah. Berbanding dengan dirinya yang hendak melakukan haji (bagi seorang lelaki) dia menuduh Sajat mencari publisiti murahan dengan menguaruarkan mahu menjejakkan kaki ke tanah suci itu tanpa menjustifikasikan jantinanya