Lupakan Destinasi Lain, Jom Ke Destinasi Instagramable di Kunming dan Hangzhou

TRAVEL
February 14, 2018 - 03:10 PM


Sebut sahaja negara China, pasti anda akan terbayang pelbagai barangan elektronik, kawasan bersejarah, pemandangan dan menarik dan lokasi beli belah kan?

Kalau anda ada terfikir nak kesana, ini kami nak kongsikan tempat-tempat menarik yang anda boleh pergi kalau dekat sana nanti!

 

Pada awalnya kami nak cerita secara general pasal itenery ni. Tapi, kami perasan yang AirAsia ada buat promotion tambang rendah bermula dari RM199 untuk ke 8 destinasi. Antara lokasi yang ada dalam promosi ni adalah Kunming dan Hangzhou.

Jom kami kongsikan apa yang anda boleh buat di Hangzhou.

Itenery 3 Hari 2 Malam Ke Hangzhou.

Kenapa 3 hari? Sebabnya penerbangan ambil masa plus minus 5 jam. Jadi untuk hari pertama, kami cadangkan korang berehat dan kalau nak pusing-pusing pun, cari sesuatu yang berdekatan. Sebagai contoh, pergilah ke Hangzhou Tower Shopping Mall ataupun ke River Shopping Street.

Hangzhou Tower Shopping Mall

Hari 2 –

Lingyin Temple

Lingyin Temple ni merupakan kawasan beribadat yang ternama dan paling mewah dalam kalangan penganut agama Buddha di China. DI sini terdapat banyak kuil, pagoda, dan patung yang banyak dan semestinya binaan tersebut sangat unik.

 

West Lake Colored Port View Fish Garden

Kawasan ini merupakan sumber inspirasi yang paling menonjol untuk ahli falsafah Cina, pereka taman, penyair, dan pelukis disebabkan keadaannya yang tenang dan pemandangan yang menarik.

Selain itu ia dikelilingi oleh pergunungan sesuai untuk korang yang gemarkan alam semulajadi. Semasa anda pusing-pusing di taman ini, anda akan melalui banyak tarikan yang ketara, seperti kuil-kuil bersejarah, ladang teh, mata air mineral, muzium dan pagoda.

 

Hari 3 -

Gu Shan (Solitary Hill)

Satu-satunya pulau semulajadi di Tasik Barat Hangzhou, yang dikenali sebagai kediaman beberapa pendita dan penyair Cina sepanjang abad.

Nikmati alam semula jadi dan suasana yang tenang di sini, atau korang boleh lawati muzium pulau ini, yang memceritakan sejarah wilayah berkenaan.

 

Hangzhou Songcheng

Anda wajib ke taman tema ini! Ini bukan taman tema yang ada permainan tu, tapi taman tema yang membawa anda jauh ke dalam budaya Dinasti Song di Hangzhou. Taman ini direka seakan-akan era pemerintahan Song.

Selain terdapat pelbagai binaan dan hiasan yang meriah, anda juga watak dan kostum bersejarah dekat sini.

Dan, kalau anda sukakan kraf tangan, disini ada bengkel tradisional yang mempamerkan hasil kraf mereka.

 

Itenery 3 Hari 2 Malam Ke Kunming.

 

Kunming Dragon Gate

Anda boleh lihat  panorama Tasik Dianchi dan Kunming dari Kunming Dragon Gate, sebuah dek pemerhatian dan kompleks gua yang terletak di tebing yang curam.

Selin itu, ini merupaan kuil tertinggi di kawasan tersebut dan terdapat pintu berwarna-warni yang terletak pada ketinggian 2,500 m (8,000 kaki)

 

Yunnan Stone Forest Geological Park

Selain merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia, pembentukan batu di kawasan Geological Park ini sangat unik selain dilengkapi dengan lanskap hutan yang luas.

Di puncak gunung ini terdapat ‘karst’ iaitu puncak batu kapur yang terkenal di kawasan Kunming.

 

Xishan Forest Park

Juga dikenali sebagai Kunming West Hill. Di sini terdapat beberapa tempat-tempat bersejarah dan juga gua tiruan. Selain itu, dikatakan terdapat sebuah kuil Tao purba disini.

Kalau nak adventure, kat sini korang boleh hiking. Daki bukit ni gunakan jalan yang agak sempit dan tak rata, memang thrill lah! Kalau Berjaya, sampailah ke gua yang berusia kira-kira 200 tahun.

Jangan risau, kalau malas hiking… Naik je chairlift untuk ke puncak, lepas tu bolehlah nikmati pemandangan panorama tasik dan bandar.

Dan, ada satu lagi tempat di Kunming yang korang kena lawati iaitu, World Horticultural Expo Garden.

Taman ini dikatakan seluas  sekitar 218 hektar (hampir 540 ekar) dengan liputan tumbuh-tumbuhan mencapai 76.7%,dan 10% hingga 15% dari taman dilindungi oleh air. Terdapat pelbagai pameran tumbuh-tumbuhan serta lanskap domestik dan asing dipamerkan di sini.

Selain itu, terdapat lima dewan pameran besar, tujuh buah taman istimewa dan tiga pameran luar. Lima dewan pameran itu merangkumi China Hall, Dewan Antarabangsa, Dewan Manusia dan Alam, Dewan Sains dan Teknologi dan Greenhouse Grand.

Manakala tujuh taman tema adalah Taman Sayur dan Buah, Taman Buluh, Taman Bonsai Tanaman, Taman Teh, Herba Herb Garden, Taman Pohon dan Taman Bunga Terkenal dan Strange Stones (Ia ditemui selepas 1999 Hortikultur Antarabangsa Kunming Exposition). Tiga pameran di luar adalah Taman Pameran Antarabangsa, Taman Pameran Domestik dan Kawasan Pameran untuk Perusahaan.

Oh, berbalik kepada promosi tiket AirAsia tadi, sebenarnya kitorang ada jumpa offer terbaru yang ditawarkan oleh AirAsia ni. Dengar cerita harga bermula daripada RM199 je.

Korang dah boleh mula buat tempahan penerbangan anda sekarang di laman web AirAsia