Gibson Dilanda Masalah Kewangan, Adakah Ini Pengakhirannya?

TERKINI
February 20, 2018 - 11:44 AM


Pengeluar gitar terkemuka dunia, Gibson yang pernah digunakan oleh lagenda muzik seperti Elvis Presley dan John Lennon dikhabarkan sedang bergelut dengan masalah kewangan dan ia seakan-akan mengancam perniagaan mereka.

Menurut laporan, syarikat yang berpangkalan di Nashville, Tenessee sejak 1894 itu telah melantik Benson Woo sebagai Pengarah Kewangan mereka yang baharu bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Selain mengeluarkan gitar, jenama Gibson ini turut menjual sistem audio untuk kegunaan professional mahupun amatur.

Difahamkan bahawa setakat Ogos tahun lalu, Gibson mempunyai hutang bernilai hampir RM1.4 juta dan pelbagai langkah teleh diambil oleh mereka bagi mengurangkan kerugian yang mereka alami selain memberhentikan produk yang tidak mendatangkan keuntungan.

John Lennon Menggunakan Gibson Semasa Persembahan... 

Gibson boleh dikatakan ‘legend’ dalam arena muzik kerana mereka mengeluarkan model gitar yang paling berprestij iaitu Les Paul dan salah seorang yang mempunyai koleksi gitar Gibson adalah tak lain tak bukan, Slash. 

 

Sekiranya mereka gagal selesaikan kemelut kewangan ini, berkemungkinan besar mereka akan bankrap dan tutup perniagaan. Maka, berakhirlah jenama Gibson... Melainkan, ada yang ingin ambil alih perniagaan mereka dan settlekan kesemua hutang yang ada...