Harley Davidson Tawarkan Motorsikal Percuma Kepada Pelajar Praktikal Di Tempat Mereka

GAYA HIDUP
April 26, 2018 - 12:04 PM


Dengar macam main-main, tapi inilah tawaran yang dibuat oleh syarikat pengeluar motorsikal di Amerika, Harley Davidson. Tawaran ini diberikan kepada mereka yang menyertai program latihan praktikal di tempat mereka.

Melalui program yang mereka tawarkan, lapan pelajar kolej atau lepasan university yang terpilih akan diberikan satu tugasan iaitu memandu motorsikal Harley Davidson ini untuk pusing satu Amerika. Tak cukup dapat motor percuma, perkongsian pengalaman mereka meronda manaiki Harley tersebut akan turut dibayar!

Yang menariknya, lepas 12 minggu tempoh latihan, kesemua pelajar akan dihadiahkan sebuah motorsikal. Selain elaun pekerjaan, tujuan mereka lakukan program ini adalah untuk memberikan pengalaman kepoada pelatih dari aspek pemanduan serta mempunyai pengalaman berjalan menggunakan motorsikal keluaran mereka.

Menurut pihak Harley Davidson, mereka mencari pelajar yang berkebolehan untuk membuat kandungan secara pantas, kreatif dan berbakat dalam menghasilkan gambar serta video.

Antara syarat yang ditetapkan adalah pemohon mesti berusia 18 tahun ke atas dan berkeinginan untuk mempunyai kerjaya dalam media sosial.


Nak cuba nasib? Pergi ke laman web Harley Davidson kerana permohonan untuk jawatan tersebut dibuka sehingga 11 mei ini, korang hanya perlu ceritakan kenapa korang rasa kroang layak untuk jawatan tersebut. Permohonan boleh dihantar dalam bentuk esei, video asli, ataupun kolaj gambar.