Resipi Sagu Gula Melaka Bersama Santan

FOODIE
May 18, 2018 - 12:46 PM


Bulan-bulan puasa ni nampak air apa pun rasa nak minum. lagi-lagi kena pulak Resipi Sagu Gula Melaka Bersama Santan. Perghhh... Kalau cuaca panas lagi lah dugaan.

Ok bagi mereka yang nak cuba sendiri Resipi Sagu Gula Melaka Bersama Santan boleh baca post ni sampai habis.

Sejuk tekak bila berbuka menelan sagu ni, keluar dari peti sejuk lak tu! Nyum share la ya.. Try buat utk berbuka:

Bahan2

  • susu cair / santan
  • sagu speket (jenis kecik)
  • gula melaka (prefer yg sebiji tu)
  • rose sirap
  • daun pandan

Cara-caranya 

Air Gula

  • hancurkan gula melaka
  • masak dgn daun pandan
  • air jgn byk.. sbb nak bg pekat..
  • *klu x pekat gula tu, nnt tambah gula pasir putih tu sikit bg likat sikiit.. bukan likat banyak hehe..
  • biarkan sejuk dlm 15 minit

Sagu

  • rendam sekejap sagu dlm air (sementara duk karate gula melaka td)
  • kemudian rebus sagu tu ngan air paras2 sagu. klu nak letak daun pandan pun bole..
  • masukkan sirap rose tanpa gula tu 2 sudu besar
  • standby air extra sbb takut air kering cepat..
  • masak smpai hilang warna putih sagu tu & jd mcm lembut creamy2 cewah..
  • (x kuar krim tau.. tu perumpamaan je haha)
  • biarkan sejuk dlm bekas lain
  • *sy letak dlm bekas aluminium siang ikan tu haha*

Kuahnya pula:

  • letak gula merah tu dulu dlm 3 sudu besar
  • *bole adjust klu xnak manis sgt*
  • letak sagu timpa atas gula tu dlm 2 senduk nasik
  • tuang susu cair atas sagu.. jgn byk sgt..
  • klu guna santan, org kata letak garam sikiiit aje.. so lg sedap dr susu hehe
  • Pastu sejukkan dalam peti ais.. siap!
  • Oh bahan2 ni ngam2 dapat 5 cawan. hehe..
  • Lagi sedap kalau mkn dgn santan..akn ase lemak2..masak santan + garam + sedikit tepung beras..kacau smpai sedikit pekat..pastu blh laa mkn ngn sagu n gula melaka..serius sedap..

Olahan dari resepi FB : Nornathasha Mohd Isa dan Eddy Rusdi

Selamat mencuba..