Musim Panas Ni, Jom Buat Cendol 'Homemade' Untuk Penghilang Dahaga!





Cendol merupakan sejenis minuman pencuci mulut yang sangat digemari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Apatah lagi dengan cuaca di negara kita yang selalu dilanda musim panas, cendol sememangnya menjadi pilihan ramai untuk menghilangkan dahaga.

Tapi dalam keadaan panas terik dekat luar tu, pastinya untuk beratur membeli cendol di gerai atau lori-lori mamak bukanlah satu pilihan terbaik.

Jadi, apa kata kita buat sendiri cendol 'homemade' ikut resepi yang sangat mudah ini!

 

Cendol

1 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

3 cawan air daun pandan

1 cawan air kapur

Sedikit pewarna hijau

= Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana kecil sehingga adunan menjadi pekat dan likat.

= Masukkan adunan tadi ke dalam acuan dan tekan ia ke dalam bekas yang berisi air putih.

 

Santan

200 ml santan segar / santan kotak+air

1 helai daun pandan

Garam

= Masak sehingga naik wap tapi jangan sampai mendidih. Kemudian sejukkan.

 

Sirap Gula Melaka

200 g gula melaka

2 sudu besar gula pasir

200 ml air

2 helai daun pandan

= Masak hingga mendidih, tapis dan biarkan sejuk.

 

Penyediaan Cendol :-

Sediakan gelas atau mangkuk dan kemudian tuang sedikit sirap gula melaka. Tambahkan cendol, diikuti ketulan ais atau ais hancur dan akhir sekali tuangkan santan. Cendol anda telah sedia untuk diminum! 

 

;