4 Poster MAS Yang Sepatutnya Diberikan Anugerah Poster Terbaik Sepanjang Zaman

TERKINI
May 31, 2018 - 03:35 PM


Korang ingat lagi tak poster ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’ yang dikecam teruk awal tahun ini? Punyalah design tu tak boleh diterima akal, sampai netizen-netizen bertindak untuk mengeluarkan design mereka sendiri, dan ternyata… hasilnya 10 kali ganda lagi menarik.

Baru-baru ini, viral sekejap tetang 4 keping poster promosi Malaysia Airlines (MAS). Bukan viral sebab design dia buruk, tapi rata-rata netizen memuji tentang betapa cantik dan awesomenya design poster terbabit.

Direka oleh Kevin Teow, sebenarnya poster berkenaan direka pada tahun 2013 lagi. Cuma baru-baru ini sahaja ia secara tiba-tiba ‘muncul’ dan terus menjadi buah mulut para netizen beberapa hari lepas.

Menurut cerita, poster berkenaan dihasilkan sempena jualan akhir tahun MAS dan kempen berkenaan ingin meng-highlight pilihan-pilihan yang penumpang ada dengan harga yang ditawarkan. Selain slogan yang berbunyi ‘akhiri tahun anda dengan perspektif berbeza’, design berkenaan turut memaparkan negara kita selari dengan kota-kota lain di seluruh dunia dengan cantiknya.

Korang tengoklah sendiri…

 

 

 

 

 

Kalau korang nak follow hasil kerja Kelvin ni, boleh ke profile BeHance dia di SINI.

Dan rupanya, ada lagi poster rekaan Kevin untuk MAS sebelum itu, Cuma ia untuk kempen ‘Kids Fly For Free’