Jom Cuba Resipi Apam Milo Viral Ini Hanya Guna 4 Bahan Sahaja!

FOODIE
August 03, 2018 - 05:51 PM


Petang-petang ni kalau dapat makan apam sedap juga. Lagipun resipi apam ni simple sahaja cuma ambil masa sekejap untuk buat. Bahan-bahan pun tak banyak. Hanya guna 4 bahan sahaja. 

Bahan-bahannya bukan membahan ok :

  1. Telur 6biji
  2. Tepung gandum 2cawan
  3. Gula pasir 2cawan
  4. Milo setengah cawan

Cara - cara:

1. Pukul telur +gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam xnaik( tiha guna blander jer)

2. masuk tepung gandum,blander lagi sampai sebati ( rasa blander dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)

3. adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1bekas lagi buh milo n kacau2 smpai sebati

4. tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga2 (ikut suka xde paksaan)

5. kukus 20minit (air kukusan mesti dah mendidih dulu)

Siapppp! Selamat mencuba

Kredit fatihatul hakimah