Medifoods Kafe TTDI Bukan Sekadar Restoran Biasa-Biasa!
FOODIEKenapa kami cakap bukan biasa-biasa? Ini kerana restoran ini memang luar biasa. Tidak seperti restoran lain yang kita pernah makan sebelum ni. Kami sarankan once a lifetime korang patut cuba makan di Medifoods Kafe ini. Sound like hospital? Jauh sekali ya! Nama Medifoods ini khusus untuk mereka yang nak jaga kesihatan terutama dari segi pemakanan. Pemakanan yang betul membuatkan tindak balas tubuh kita lebih positif.
Pentingnya makanan yang sihat.
Kami percaya pemakanan yang tidak sihat dari masa ke semasa boleh membuatkan kredibiliti tubuh badan tidak seimbang. Ini bukan sekadar mitos tapi adalah fakta dari pakar pemakanan.
Pengambilan makanan yang manis terutama makanan segera memang menambahkan perasa yang sedap ke atas setiap makanan, namun jika tidak dikawal dengan batul boleh memudaratkan kesihatan si pemakan.
Itulah sebab wujudnya Medifoods Kafe di TTDI yang mana ia memfokuskan diet yang betul dengan tidak mengurangkan rasa sedap setiap makanan yang dihidangkan. Kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri dari bahan-bahan organik.
Teknik masakan dan bahan yang digunakan di Medifoods Kafe membuatkan makanan di sini sangat sihat untuk dimakan tanpa mengurangkan rasa semulajadi kepada makanan.
Terdapat banyak menu pilihan yang boleh dipesan mengikut selera masing-masing seperti juga di restoran lain. Manu harian juga sentiasa berubah terutama di hujung minggu. Korang boleh cuba datang ke sini rasai sendiri makanan yang disediakan.
Satu je kami boleh cakap memang tidak mengecewakan anda.
Bagi mereka yang inginkan nasihat tentang pemakanan yang sihat anda juga boleh dapatkan secara PERCUMA dari pakar pemakan di Medifood ini. Jangan risau mereka terdiri dari kelulusan yang betul dan sememangnya mempunyai kelayakan untuk memberi nasihat tentang pemakanan anda.
Mereka yang menghidap penyakit diabetis atau kencing manis juga amat disarankan untuk datang ke sini. Maklumlah bagi mereka ini nak makan makanan di restoran biasa bukanlah satu pilihan bijak kerana makanan di restoran biasa mengandungi bahan-bahan yang tidak sihat. Medifoods turut menyediakan makanan khusus bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti ini.
Bagi korang yang nak cuba boleh tengok detail di bawah:
Medifoods Cafe TTDI
Alamat: 127, jalan aminuddin baki, TTDI, Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel: 03-2385 0021
Website: medifoods.my
[Facebook]