Makanan Wajib Bawa Ketika Travel Untuk Traveler Solo

October 04, 2018 - 02:05 PM


Orang kita ni bila travel mesti risau tentang makanan, lagi-lagi kalau kita travel ke tempat yang bukan negara Islam. Pastinya susah nak dapat makanan halal. Sebenarnya zaman sekarang nak dapatkan makanan halal tidaklah sukar seperti yang ramai sangkakan. Sudah banyak negara-negara bukan majoriti penduduk muslim sudah ada restoran halal. Contohnya Jepun, Korea dan Macao. Terbaru Hong Kong juga turut menyediakan makanan halal di kebanyakkan restoran di sana. 

Namun orang kita tetap selesa untuk bawa makanan dari Malaysia. Mungkin disebabkan selera kot. Berdasarkan pengalaman kami sebagai traveler ini antara makanan yang wajib di bawa oleh orang Malaysia jika travel ke luar negara. Kami kongsikan berdasarkan mereka yang selalu travel secara solo. 

1. Mi segera

Rasanya makanan ni memang wajib untuk dibawa kerana selain harganya yang murah, taste mi segera tu pun memang kena dengan tekak orang Malaysia, nak-nak time sejuk kan? Salah satu Mi Segara yang boleh korangbawa adalah Youmee.

2. Sardin/Tuna

Mudah dan berbaloi kerana ia tidak perlu dimasak. Sumbat la sikit cili api, bawang dan limau nipis dalam luggage tu dan sampai je destinasi, potong cili serta bawang, kemudian perahkan dengan limau. Tak bau hanyir pun, jangan risau

3. Minuman 3 in 1

Tak ada gula pun ok je bro. Cuma perlu tuang air panas dan gunakan la minuman 3 in 1 ni. Senang je kan? Jimat duit beli kopi dekat sana. Hiks!

4. Serunding

Kalau dah nama tekak Melayu makanan-makanan ni memang WAJIB ada!

5. Sambal ikan bilis kering

Dan…. yang ni pun WAJIB okay? Dah banyak pengusaha yang menghasilkan sambal ikan bilis kering yang mudah untuk dibawa.

6. Pes makanan

Ada pes makanan yang hanya perlu panaskan atau tuang saja air panas dalam bekas, masukkan pes dan gaul hingga sebati. Ada pula yang jenis boleh terus dimakan.

7. Roti

Walaupun nampak remeh dan roti juga ada dijual di mana-mana, tapi tak semua halal tau. So lebih baik bawa sendiri kan?

8. Coklat

Makanan kudapan yang senang nak dibawa. Letak dalam handbag pun boleh. Malam-malam dalam hotel terasa nak mengunyah, makan je coklat yang ada tu..

******

Nah itu antara makanan yang selalu kami bawa jika travel ke luar negara. Korang kalau nak travel bolehlah cuba senaraikan apa yang kami cadangkan ini. Namun, kena ingat sesetengah airport sangat susah nak lepak kalau bawa makanan lagi-lagi airport Australia!

-KeN