Kia Dan Hyundai Pertonton Bumbung Panel Panorama Bersolar Untuk Kenderaan

GAYA HIDUP
November 02, 2018 - 04:03 PM


Hyundai dan Kia baru-baru ini telah pertontonkan rekaan terbaru bumbung kenderaan mereka. Bumbung yang mempunyai panel panorama penuh ini dilengkapi panel tenaga solar yang akan memberkalkan elektrik.

Selain berfungsi sebagai penyokong pemampatan dalaman kereta, fungsi panel solar ini juga dapat membantu penambahan kuasa dan menjimatkan penggunaan minyak pada kereta hybrid dan jugak kereta berkuasakan bateri elektrik.

Teknologi pengecasan solar ini dibangunkan sebagai sistem kuasa sokongan kepada punca kuasa utama kenderaan. Selain dapat membantu dalam menaikkan jarak, penggunaan bumbung yang memberikan tenaga elektrik ini juga dikatakan dapat menggurangkan penghasilan gas Karbon Dioksida.   

Lebih menarik, bumbung solar ini bukan sahaja dapat mengecas bateri untuk kenderaan eco-friendly malah mampu mengurangkan penggunaan minyak pada kenderaan yang menggunakan kuasa enjin biasa.

Setakat ini, Hyundai Motor Group sedang menghasilkan 3 jenis sistem pengecasa bumbung solar ni. Jenis pertama, menggunakan silikon, kedua semi-lutsinar dan generasi ketida nanti, kepingan solar ringan pada badan kenderaan.

Untuk generasi pertama, akan dipasangkan pada kesemua kereta hybrid dan ianya mampu mengecas sekitar 30 hingga 60 % bateri dalam sehari. Bergantung kepada keadaan cuaca lah.

Generasi kedua, panel sola panorama penuh ini yang akan boleh digunakan oleh kenderaan biasa. Ini adalah yang pertama di dunia!

Generasi ketiga, sistem kepingan solar yang ringan akan dipasang pada kenderaan eco. Struktur ini melibatkan pemasangan di bahagian bumbung dan juga bonet kenderaan. Ini secara tak langsung dapat memaksimakan penghasilan tenaga.

Sistem pengecasan solar ni didatangkan dengan panel solar, unit kawalan jauh dan juga bateri. Tenaga elektrik akan dihasilkan apabila cahaya matahari menyentuh panel-panel solar ini. Selepas itu, menerusi teknologi yang ada, ia akan ditukar kepada bentuk tenaga elektrik.

Macam menarik je, lagipun sesuailah dengan cuaca dekat Malaysia.