Nasi Beriani 2kg Di Warung Mercik Shah Alam, Boleh Makan Ramai-Ramai
FOODIENasi Beriani memang terkenal dengan dia punya kuantiti yang banyak, kalau makan sorang susahlah nak habiskan. Itu nasi beriani yang biasa. Ha ini kami nak perkenalkan Nasi Beriani 2kg.
Kenapa 2 kg? Korang tangok lah nanti. Kalau makan sorang memang boleh kata korang ni membela. Ini sebab Nasi Beriani Di Warung Mercik Shah Alam ni boleh dimakan seramai 8 orang okay!
Jadi ia sengat sesuai untuk korang gi makan kat sana dan bawak kawan-kawan sekali. Kalau boleh bawalah kawan-kawan yang jenis boleh berkongsi.
Satu lagi sebab kenapa Nasi Beriani 2kg Di Warung Mercik Shah Alam begitu popular sehingga warga Singapura pun sangga datang ke sini jika turun KL adalah kerana kelazatannya.
Ramai yang beri pendapat bahawa sekali makan korang akan sentiasa nak datang sini.
Korang kalau tengah mencari kedai yang lain dari lain bolehlah cuba makan Nasi Beriani 2kg Di Warung Mercik Shah Alam.
Selain Nasi Beriani, ada banyak lagi hidangan yang lazat-lazat ada di sini.
Alamat: NO 49,J ALAN KELULI AL7/AL, Shah Alam, Malaysia