Siapa Kata Filem Tempatan Tak Dapat Sambutan? Kutipan Filem Tempatan Sahaja RM150 juta!

TERKINI
December 05, 2018 - 12:10 PM


Kebiasaan stigma masyarakat, cerita Malaysia over-rated, gempak lebih, bosan dan macam-macam lagilah. Tapi; dalam masa yang sama ada juga filem-filem yang dikeluarkan yang sangat berbaloi dan berkualiti.

Jom kita flashback; sepanjang 2018, filem tempatan mana yang paling menyerlah. Nampaknya, memang ada peminat tersendiri filem-filem ini. Mungkin disebabkan jalan cerita, watak atau ada daya tarikan yang tersendiri. Kalau tak, takkan total kutipan untuk filem-filem ini sampai RM150 juta. Kan?

Jom kita tengok 5 filem tempatan yang paling ‘masyuk’ pada tahun 2018.

#5. Dukun

Jumlah kutipan Box Office : RM12 juta

Setelah hampir sedekad filem ini ‘diharamkan’, akhirnya pada 2018, ianya berjaya lepas ke pawagam. Hasilnya, jadi topik bualan rakyat Malaysia jugaklah. Diinspirasikan daripada kes pembunuhan kejam Mona Fandey, peminat dan pengkritik rata-rata memberikan review yang sangat positif.

 

#4. KL Special Force

Jumlah kutipan Box Office : RM12.2 juta

Diarahkan oleh pengarah muda Syafiq Yusof, Kl Special force dipenuhi dengan aksi dan agak mencuri tumpuan jugak pada awal tahun ni. Banyak aksi pergaduhan, letupan dan banyak lagi yang sememang mahukan dalam filem aksi.

 

#3. PASKAL : The Movie

Jumlah Kutipan Box Office : RM30 juta

Kalau nak diberikan anugerah filem terbaik, Paskal adalah filem yang paling layak. Dalam industri yang banyak cerita seram dan  komedi; memilih untuk keluar dengan filem bertemakan patriotisme adalah percaturan yang sangat menjadi. Selain menunjukkan pelbagai aset milik tentera, banyak aspek kehidupan Pasukan Khas Laut yang dipelajari.

 

#2. Hantu Kak Limah

 Jumlah kutipan Box Office : RM38 juta

Filem Mamat Khalid jarang mengecewakan, sama seperti ‘siri’ sebelum ni, Hantu Kak Limah ternyata memang ‘another level’. Kalau cakap pasal filem seram komedi, jaranglah Mamat Khalid gagal.

Merupakan filem melayu pertama yang memecahkan rekod kutipan RM20 juta dan RM30 juta Box Office.

 

#1. Munafik 2

Jumlah kutipan Box Office : RM43 juta

Cerita seram memang digemari rakyat Malaysia nampaknya. Hasil tangan Syamsul Yusof yang ini menjadikan ia filem seram yang menerima kutipan paling tinggi setakat ini (Sebelum Polis Evo 2 keluar).